Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan campur tangan dalam kes saman Datuk Lee Chong Wei terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar berbahasa Melayu, kerana perkara itu bersifat peribadi.
Katanya, jaguh badminton negara itu mempunyai reputasi yang perlu dijaga dan terpulang kepadanya untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Saya sudah beritahu Chong Wei bahawa dia boleh mengambil tindakan itu jika dia mahu...saya juga tidak menggalakkan dia untuk saman Razif dan tidak juga menghalangnya kerana ini soal peribadi dan dia ada reputasi untuk dijaga," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Modal Insan Malaysia Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi' di Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Chong Wei, 32, mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemain badminton negara itu dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa beliau telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama.
Razif juga dipetik dalam akhbar itu pada 11 Nov lepas sebagai berkata perbuatan Chong Wei itu disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pemain badminton nombor satu dunia itu dilaporkan telah menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.
Pada bulan lepas, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan.
Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lepas digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF dan bakal berdepan penggantungan selama dua tahun.
Pada perkembangan lain Khairy berkata, beliau akan menjalankan temuduga seawal minggu depan bagi mengenal pasti calon jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menggantikan Datuk Seri Zolkples Embong.
"Saya akan temuduga sendiri calon tersebut dan buat masa ini saya belum membuat apa-apa keputusan. Saya akan baca semua permohonan dan akan bincang dengan Ketua Setiausaha kementerian untuk senarai pendek calon dan panggil untuk temuduga...paling cepat mungkin minggu depan," katanya.
Dilaporkan, 43 calon telah memohon jawatan itu.
Jawatan itu diiklankan di laman sesawang rasmi kementerian bermula 4 November lepas, selepas Zolkples diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sukan SEA 2017.
Bernama
Wed Dec 03 2014
KHAIRY: Saya tidak campur kes saman Chong Wei terhadap Razif - Gambar fail
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.
Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar
di negara-negara maju tradisi membaca yang kuat itu menyebabkan akhbar-akhbar utama yang mempunyai kreadibiliti dapat bersaing dengan sosial media.