awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebab kalian Malaysia tak boleh pergi jauh' - Johan Ghazali takkan koyak

Astro Arena
Astro Arena
09/06/2025
04:50 MYT
'Sebab kalian Malaysia tak boleh pergi jauh' - Johan Ghazali takkan koyak
Kekalahan itu jelas mengecewakan Jojo selepas memberikan aksi terbaiknya. - Stadium Astro
JAGUH Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, meluahkan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku melibatkan dirinya selepas pertarungan dalam One Championship di Bangkok, Sabtu lalu.

Ringkasan AI
  • Kekecewaan selepas kekalahan: Johan Ghazali Zulfikar, jaguh Muay Thai negara, kecewa selepas tewas buat kali kedua kepada Diego Paez dalam One Fight Night 32 di Bangkok, walaupun memberikan aksi terbaiknya.
  • Sokongan dan kecaman peminat: Ada peminat yang menyokongnya untuk bangkit semula, tetapi ada juga yang mengecam dan melontarkan komen negatif, yang dikatakan boleh menghalang kemajuan negara.
  • Keteguhan mental Johan: Johan tidak patah semangat dan membalas kritikan dengan keyakinan bahawa dia akan terus berjuang, menekankan perbezaan mentaliti antara dirinya dan pengkritiknya.

Terdahulu, atlet kelahiran Sarawak itu tewas buat kali kedua terhadap petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee.
Kekalahan itu jelas mengecewakan Jojo selepas memberikan aksi terbaiknya dan menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, jaguh Muay Thai negara berusia 18 tahun itu kelihatan sukar mengawal rasa sebak.
Ada yang terus memberikan sokongan kepadanya supaya terus melupakan mimpi ngeri tersebut dan bangkit semula pada masa akan datang.
Tetapi di dalam waktu sukar itu, ada sebahagian peminat yang mengecam dan melontarkan kata-kata negatif kepada Jojo kerana gagal pulang dengan kejayaan.
Tiada sebab yang kukuh mengapa ia ditujukan khas kepada petinju berusia 18 tahun itu, namun ia tidak mudah mematahkan semangat dan meruntuhkan perjuangannya mengibarkan Jalur Gemilang di peringkat antarabangsa.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Jojo membalas kritikan pedas itu dengan peringatan bahawa dirinya takkan pernah mengalah, sebaliknya meminta supaya sebahagian mentaliti perlu diubah kerana ia bakal mendatangkan kemunduran kepada negara.
View this post on Instagram
A post shared by MUHAMMAD JOHAN "JOJO" GHAZALI (@johanghazali_)
"Kepada pembenci aku dari Malaysia, sebab kalianlah negara kita tidak boleh sampai ke tahap seterusnya. "Jangan harap aku akan koyak dengan komen negatif kalian.
"Aku malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri," katanya.
Tiada apa yang mampu mengubah pendirian Johan untuk membanggakan negara seperti yang dilakukan oleh bapa dan datuknya yang merupakan pegawai keselamatan negara.
Bukan setakat fizikal, tetapi mental yang dimiliki Johan sangat unik dan berjiwa besar apabila tidak mengendahkan tohmahan orang yang cuba menjatuhkan dirinya.
"Bermula dari sekarang, aku hanya mementingkan diri sendiri dan orang yang betul-betul menyokong aku sahaja.
"Mentaliti kita berbeza. Sebab itu aku yang berlawan engkau hanya menonton," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Johan Ghazali
#Jojo
#jaguh Muay Thai
#bidas pengkritik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan