awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejak dari awal, FAM gagal hantar pemain mencukupi ke Piala AFF - Dell Akbar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
21/01/2022
08:31 MYT
Sejak dari awal, FAM gagal hantar pemain mencukupi ke Piala AFF - Dell Akbar
Datuk Dell Akbar Khan pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) penggal 2021-2025 di Ibu Pejabat FAM hari ini. - Foto BERNAMA
KELANA JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak dari awal gagal menghantar pemain secukupnya ke Kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura pada tahun lepas.
Itu antara dapatan hasil daripada empat pertemuan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang diumumkan Pengerusinya, Datuk Dell Akhbar Khan pada sidang media di Wisma FAM pada Jumaat.
Menurutnya, Malaysia hanya menghantar 24 pemain dengan 11 daripadanya adalah pemain pertahanan, enam pemain tengah, empat penyerang dan tiga penjaga gol.
“Pada awal lagi, memang ada kekurangan daripada pihak FAM untuk menghantar jumlah yang sepatutnya boleh dihantar. Pertandingan benarkan 30 pemain untuk didaftarkan dan daripada awal terdapat kekurangan (jumlah pemain).
“Di mana silapnya? Adakah mereka (FAM) gagal untuk merancang? Itu FAM perlu jawab kerana memang jelas pemain-pemain yang dipanggil tidak dapat (menyertai pasukan).
“Ada yang sebilangan tidak dapat menyertai. Sumareh (Mahamadou Sumareh) misalnya menolak tawaran untuk dipanggil bermain pada kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Eksekutif FAM Bagi Penggal 2021-2025 di sini.
Tambah beliau, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa wujudnya tiga kumpulan dalam pasukan kebangsaan melibatkan pemain tempatan, pemain naturalisasi dan pemain senior.
Dalam pada itu, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pula menegaskan Tan Cheng Hoe sendiri yang mahu menggantikan Sumareh dengan Arif Aiman selepas pemain naturalisasi itu menyatakan dia ada hal keluarga di Gambia.
“Dia (Sumareh) minta boleh tak lewat datang, perlawanan kedua baru boleh sampai. Jadi saya bincang dengan Tan (Cheng Hoe), saya cakap juga pada Sumareh kalau nak sertai, kena sertai sekarang.
“Tan lepas bincang, Tan kata tak payah ambil dia (Sumareh), kita ambil Arif Aiman. Begitulah kisahnya. Jadi tak perlu dibincangkan lebih. Saya suka nak bergerak ke hadapan.
“Tan setuju untuk panggil Arif Aiman, itu sebab kita gantikan (Sumareh dengan Arif Aiman),” ujarnya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#Tan Cheng Hoe
#Sumareh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan