Selangor hampir pasti tersingkir daripada kempen Piala Malaysia apabila sekadar 1-1 menentang Sime Darby FC di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berlangsung dalam keadaan suram gara-gara prestasi goyah dalam tiga aksi awal, tuan rumah Selangor bagaimanapun tekad bangkit menerusi pimpinan P. Maniam yang menggantikan Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan pada Rabu lalu.

Selepas berusaha keras mengasak ke kubu Sime Darby, tuan rumah akhirnya memecah kebuntuan jaringan menerusi Francis Forkey Doe pada masa kecederaan babak pertama.

Sambung babak kedua, pelawat berjaya menerjah jaring pada minit ke-76, namun mujurlah gol Fazli Saari dibatalkan kerana dikatakan berlaku kekasaran.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.