awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor rampas takhta Liga Super

Bernama
Bernama
15/02/2013
16:06 MYT
Selangor rampas takhta Liga Super
Selangor berjaya merampas kedudukan persada liga daripada Pahang apabila mengalahkan Kelantan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam pada Jumaat.
Jaringan dua pemain import Francis Forkey Doe pada minit ke-12 dan tandukan kencang Ramez Dayoub pada minit ke-26 membantu Selangor memintas Pahang dengan kelebihan satu mata.
Selangor kini mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan manakala Pahang ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas lima perlawanan.
Bagaimanapun, kedudukan Kelantan, juara treble musim lepas, jatuh satu anak tangga apabila menghuni tempat kelapan dalam carta kedudukan selepas mengumpul enam mata dari enam perlawanan.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu mencatatkan kemenangan pertama pada musim ini apabila mengalahkan Perak 2-0.
Gol skuad Penyu itu dijaringkan oleh Ashaari Shamsudin pada minit ke-12 dan Jean Emmanuel Effa Owana pada minit ke-42.
Sementara itu, pada saingan Liga Perdana, Sime Darby menguasai persada liga dengan kelebihan jaringan apabila menumpaskan NS Betaria FC 6-0 di Stadium Hang Tuah Melaka.
Pemain import Karlo Primorac muncul wira pasukan Sime Darby apabila melakukan jaringan hatrik bermula minit keenam, 73 dan minit ke-81 manakala Fadzli Saari menjaringkan dua gol pada minit ke-57 dan 69 sebelum Mohd Yusof Zainal Abidin menutup tirai jaringan pada minit ke-89.
Di Stadium Negeri Sarawak, pasukan tuan rumah, Sarawak mencalar rekod tanpa kalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi jaringan tunggal Joseph Kalang Tie pada minit ke-23.
Di Stadium UiTM, Shah Alam, UiTM FC mencatatkan kemenangan pertama dalam enam perlawanan selepas mengalahkan Sabah 2-0.
Keputusan
Liga Super Selangor 2 Kelantan 0 Terengganu 2 Perak 0
Liga Premier Sarawak 1 Police 0 Pos Malaysia 0 Johor 2 UiTM FC 2 Sabah 0 Kedah 1 Perlis 2 KL 0 SPA Putrajaya 0 NS Betaria 0 Sime Darby 6
Jadual Perlawanan (16 Feb)
Liga Super Felda United v PKNS (4.45pm) Darul Takzim v T-Team (4.45pm) Lions XII v Pahang (7.45pm) Negeri Sembilan v ATM (8.45pm)
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Forkey Doe
#Kelantan
#Pahang
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan