awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
5 negara mulakan tugas sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
2 maut gempa bumi di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor Tekad Tewaskan New Radiant SC

Ataillah Ashri
Ataillah Ashri
15/05/2013
11:10 MYT
Selangor Tekad Tewaskan New Radiant SC
Ekoran kekalahan Kelantan ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) digelanggang sendiri semalam (14 Mei), pasukan Selangor komited untuk memburu kejayaan ke peringkat suku akhir.
Skuad yang bergelar Gergasi Merah tampak sedikit goyah kerana perlu menewaskan pasukan kuat dari kelab Maldives, New Radiant SC pada aksi kalah mati Piala AFC 2013 di Stadium Rasmee Dhandu, Maldives yang akan berlangsung jam 7 petang ini waktu tempatan.
Pengendali pasukan yang juga disebut sebagai Merah Kuning, Irfan Bakti Abdul Salim menaruh harapan tinggi kepada anak buahnya untuk mempamerkan persembahan terbaik, memandangkan perlawanan ini merupakan aksi kalah mati agar dapat melonjakkan nama negara di persada antarabangsa.
Irfan yakin dengan menurunkan barisan terbaik seperti Mohd Amri Yahyah dan penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe bakal menguatkan jentera penggempur manakala penjaga gol kebangsaan, Norazlan Razali ditugaskan mengawal gawang Selangor.
Namun, gandingan Doe dan Amri perlu serasi bagi menggegar gawang tuan rumah di samping kawalan ketat oleh dua pemain import, Michal Kubala dan Peter. Jurulatih kelahiran Perak itu mengharapkan tonggak pertahanan Selangor harus mengekalkan disiplin sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak mempersis-siakan peluang terhidang.
Dibimbing oleh jurulatih dari Bulgaria, Velizar Popov, New Radiant pernah mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2005 dan dianggap antara pasukan yang mampu memberi cabaran kepada skuad Gergasi Merah.
Atas hakikat itu, Irfan mengakui mereka tidak boleh mamandang rendah akan kemampuan juara enam kali Liga Maldives itu disamping mengetahui ada tujuh pemain kebangsaan negara itu beraksi bersama New Radiant.
Selangor berada diperingkat ini selepas menewaskan Tampines Rovers wakil dari Singapura untuk meneruskan saingan di pentas Asia selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan menewaskan wakil Singapura, Tampines Rovers 3-2 di stadium Jalan Besar , 30 April lalu.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#new radiant FC
#piala afc
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan