awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tersingkir daripada saingan Piala AFC

Bernama
Bernama
15/05/2013
14:41 MYT
Selangor tersingkir daripada saingan Piala AFC
Selangor menamatkan cabaran pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas kalah 2-0 kepada wakil Maldives, New Radiant Sports Club (NRSC), pada pusingan kedua 16 pasukan di Stadium Nasional Maldives, hari ini.
Kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan pada 90 minit perlawanan sebelum NRSC, selaku juara Kumpulan F, bangkit pada masa tambahan 30 minit untuk menempah tiket ke suku akhir.
Pada perlawanan pusingan kalah mati itu, pemain tengah Ahmed Niyaz membuka tirai jaringan pada minit ke-98 diikuti Ali Fasir pada minit ke-109, sekali gus meranapkan impian Selangor untuk melangkah ke suku akhir buat kali kedua selepas 2006.
Semalam, Kelantan, juara kumpulan G, turut tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas 2-0 kepada naib juara Kumpulan E, Kitchee Sports Club dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Sebelum ini, Kelantan pernah layak ke suku akhir pada 2012.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#new radiant FC
#piala afc
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan