'SUKA ataupun tidak, mahu ataupun tidak, inilah barisan terbaik yang kita ada,' ujar bekas perseorangan negara, Hafiz Hashim.

Juara All England 2003 itu menganggap tiada keseimbangan dalam gabungan pemain muda dan senior yang disenaraikan dengan berbaki 12 hari ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024.

Jurang yang ditinggalkan antara pemain senior dan muda agak jauh daripada segi keupayaan menewaskan lawan pada kejohanan itu nanti.