awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas umum persaraan, McGregor kini disiasat terlibat serangan seksual

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2019
01:27 MYT
Selepas umum persaraan, McGregor kini disiasat terlibat serangan seksual
McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016. - Gambar fail/REUTERS
SELEPAS umum bersara dari seni bela diri campuran (MMA), bintang UFC Conor McGregor kini berdepan pula dengan tuduhan serangan seksual.
Memetik laporan New York Times, pihak berkuasa Ireland dilaporkan sedang menyiasat McGregor, 30 tahun berhubung dakwaan serangan seksual oleh seorang wanita pada Disember tahun lalu.
Berdasarkan beberapa sumber sepertimana dipetik portal berkenaan, serangan tersebut didakwa berlaku di Beacon Hotel, Dublin.
Bagaimanapun, tiada sebarang tuduhan dikenakan tehadap McGregor, meskipun dia dikatakan pernah ditahan pada Januari lepas berhubung perkara tersebut.
Menurut laporan The Times pula, undang-undang Ireland melarang media membuat liputan mengenai mana-mana individu yang didakwa terlibat jenayah rogol, melainkan individu itu telah didapati bersalah.
Pihak polis Ireland juga enggan mengesahkan sama ada McGregor terlibat atau tidak, serta menolak spekulasi yang mengaitkan pengumuman persaraannya itu dengan kes berkenaan.
“Cerita ini tersebar sejak beberapa ketika, namun tidak jelas kenapa baru sekarang ia dilaporkan.
“Tanggapan bahawa pengumuman persaraan Conor adalah berkaitan dengan khabar angin ini, benar-benar palsu,” kata jurucakap McGregor, Karen J. Kessler kepada Fox News.
Terdahulu, McGregor mengejutkan peminat MMA dengan mengumumkan persaraannya dari sukan itu.
McGregor membuat pengumuman tersebut menerusi kenyataan ringkas di akaun Twitternya pada Selasa.
BACA: Conor McGregor buat kejutan, umum bersara dari MMA
Ramai yang agak skeptikal dengan pengumuman tersebut kerana ini bukan kali pertama dia dilaporkan berbuat demikian.
McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.
Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.
Susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229, McGregor dan Khabib kini telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.
Topic Berkaitan
#Conor McGregor
#Dana White
#Khabib Nurmagomedov
#McGregor announces retirement
#McGregor umum bersara dari MMA
#seni bela diri campuran
#UFC
#Ultimate Fighting Championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan