awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seluruh England: Koo Kien Keat dilantik jurulatih jemputan perkuat kem England

Astro Arena
Astro Arena
02/03/2025
06:15 MYT
Seluruh England: Koo Kien Keat dilantik jurulatih jemputan perkuat kem England
Koo Kien Keat menyertai program prestasi elit kem England sebagai pengendali jemputan untuk tempoh empat minggu. - Gambar/ Stadium Astro
LEGENDA badminton beregu lelaki negara, Koo Kien Keat, dilantik sebagai jurulatih jemputan bagi membantu kem kebangsaan England menghadapi kejohanan berprestij, Badminton Seluruh England, yang akan berlangsung di Birmingham bermula 11 Mac ini.
Demi menyemak semula program latihan dan diberi penekanan khusus untuk mencapai objektif tertentu, Persatuan Badminton England (BE) mengumumkan kehadiran bekas pemain Malaysia itu akan bekerjasama mempersiap pasukan sebagai tuan rumah kepada aksi bertaraf super 1000 itu.
“Koo Kien Keat telah menyertai program prestasi elit sebagai pengendali jemputan untuk tempoh empat minggu sambil membantu menambah baik permainan individu atlet," kata BE menerusi kenyataannya.
Bekas pemenang Seluruh England 2007 itu akan berkolaborasi bersama Nathan Robertson untuk memantau perkembangan pemain.
Beregu utama mereka, Ben Lane-Sean Vendy, bakal mendapat sentuhan berbisa daripada bekas rakan Tan Boon Heong itu.
Untuk rekod, Koo Kien Keat juga pernah menghadirkan kilauan pingat dalam Sukan Komanwel, Sukan Asia, Piala Sudirman, Sukan SEA dan Piala Thomas selain Kejuaraan Dunia sewaktu bergelar atlet sebelum ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#all england
#Seluruh England
#Koo Kien Keat
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan