SEPANG: Semangat berpasukan yang dipamerkan skuad bola jaring remaja kebangsaan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu, mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia buat kali ketujuh di Jeonju, Korea Selatan semalam.
Kapten Pasukan Siti Maisarah Affandi berkata kemenangan itu juga amat bermakna, kerana ia membolehkan skuad berkenaan berjaya menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 di Gibralta, Sepanyol.
Pemain berusia 21 tahun yang memegang posisi penjaring gol (GS) itu bagaimanapun berkata beliau tidak dapat beraksi pada kejohanan berprestij pada 2025 itu, kerana sudah melebihi had umur yang ditetapkan.
Namun beliau berharap atlet yang bermain mewakili negara pada kejohanan remaja dunia itu nanti, akan lebih kukuh dan mempamerkan prestasi lebih baik.
"Saya rasa hubungan kami kuat sebab sentiasa melakukan latihan bersama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang menyambut kepulangan wira negara itu berkata pihaknya akan memastikan bantuan sewajarnya diberikan kepada Persatuan Bola Jaring Malaysia, bagi memastikan persiapan pasukan itu ke Sepanyol tidak terjejas.
"Macam sekarang, mereka banyak dapat bantuan daripada perbadanan stadium untuk melakukan latihan di gelanggang latihan di Bukit Kiara. Tetapi sekarang kami akan pastikan apa yang kami boleh bantu, kami bantu," katanya.
Hannah turut berharap supaya sukan itu diperkasakan seawal peringkat sekolah rendah, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam bidang bola jaring untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Semalam, skuad kendalian Aminah Asaari meraih kejayaan itu, selepas mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final.
Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia sebanyak enam kali pada 2004, 2006, 2008, 2010, 2013 dan 2019 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara bergelar naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) bergambar kenangan bersama pasukan bola jaring remaja kebangsaan yang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - BERNAMA
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Semangat berpasukan kunci skuad bola jaring remaja, juara di Korea Selatan
Semangat berpasukan yang dipamerkan skuad bola jaring remaja kebangsaan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu.