MARCO Asensio percaya bahawa Sepanyol telah memulihkan semangat positif dalam pasukan setelah membelasah Croatia 6-0 di Elche.
Bintang Real Madrid itu menjaringkan satu gol dan membantu menghasilkan empat lagi jaringan tatkala aksi kedua La Roja di bawah bimbingan Luis Enrique berakhir dengan enam gol ketika saingan Liga Negara-Negara UEFA.
Keputusan itu menyaksikan Croatia menanggung kekalahan terbesar dalam sejarah tatkala Sepanyol mencatat kemenangan kedua berbekal enam gol setelah membelasah Argentina 6-1, Mac lalu.
Kempen Piala Dunia Sepanyol berakhir mengecewakan setelah tewas di tangan tuan rumah, Russia, ketika aksi pusingan kedua menerusi penentuan sepakan penalti sambil sebelum itu, Julen Lopetegui dipecat selaku pengendali pasukan kerana mengadakan perbincangan dengan Real Madrid tanpa memberitahu pihak Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).
Justeru, Asensio percaya dia perlu menghadirkan elemen yang positif dalam pasukan sebelum kejohanan sebenar bermula di bawah kendalian Enrique.
"Sebenarnya, kami melalui perlawanan yang baik. Kami mengharungi minggu antarabangsa dengan bagus," kata Asensio.
"Kami memerlukan perasaan yang sebegitu. Kami berdepan dua perlawanan besar, penyokong-penyokong membantu kami dan pastinya baik dapat beraksi di sini.
"Setiap kali berada di atas padang, saya memberikan yang terbaik. Kami mengharungi perlawanan secara kolektif yang hebat, bertahan dan menyerang bersama.
"Kami telah berdepan dengan pasukan yang mara begitu jauh dalam Piala Dunia. Aksi sebegini penting untuk tiba ke fasa terakhir."
Dalam masa sama, Enrique turut memuji dan berbesar hati melihat penampilan anak-anak buahnya, termasuk Jose Gaya dan Dani Ceballos yang melakukan penampilan pertama, sambil dia menyatakan kemampuan tendangan milik Asensio sebagai sesuatu yang unik.
"Sukar untuk menangani pasukan yang memberi tekanan tinggi seperti Croatia," ujar Enrique.
"Mereka mempunyai peluang untuk menyumbat gol tetapi ternyata kami lebih unggul.
"Disiplin yang dipamerkan pemain-pemain sangat bagus. Asensio mencetuskan dua gol menarik. Dia memiliki tendangan yang bagus. Pemain-pemain seperti Gaya dan Ceballos seharusnya berbangga dengan penampilan pertama.
"Kini, sukar untuk mengkritik keadaan bola sepak di peringkat tertinggi. Kami akan mengkaji semula permainan secara menyeluruh."
Astro Arena
Wed Sep 12 2018
Sergio Ramos dan Marco Asensio meraikan kejayaan Sepanyol ke atas Croatia ketika saingan Liga Negara-Negara UEFA, pagi tadi. Astro ARENA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.