Kerajaan Pulau Pinang membenarkan penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal serta kejohanan dan pertandingan sukan tiada bersentuhan fizikal tempatan tanpa penonton mulai Rabu ini, selaras dengan pengumuman Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee berkata masa pengoperasian untuk semua aktiviti sukan dan pengusaha sukan di negeri ini tidak lagi dihadkan dan kembali seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KBS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pengusaha perlu mempamerkan QR Code PG Care dan MySejahtera untuk diimbas oleh pengguna sebelum memasuki premis. Pengusaha perlu mendaftar dan mengisi borang maklumat di notification.miti.gov.my.
"Pengusaha juga perlu mematuhi SOP Protokol Am Pengurusan yang ditetapkan oleh KBS dan MKN," katanya dalam kenyataan, di sini.
Selain itu, Soon berkata masa operasi bagi aktiviti 'line dance', zumba, QiGong dan XiangGong tidak lagi dihadkan dari 7 pagi hingga 10 malam dan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa mulai Rabu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 13 2020
Pengusaha sukan perlu mematuhi SOP Protokol Am Pengurusan yang ditetapkan oleh KBS dan MKN. - Gambar hiasan
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.
KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah
KBS telah membawa murid OKU Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.
Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, aktiviti sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.
KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin
Kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.
Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti
Keutamaan adalah memastikan venue tersebut sentiasa diselenggara dengan baik selain tidak menjadikannya projek gajah putih.