BRUNO Fernandes berkata ia merupakan tanggungjawab setiap pemain Manchester United untuk menjadi pemimpin pasukan selepas mencetus inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

The Red Devils meredakan tekanan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, di Goodison Park semalam selepas bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Istanbul Basaksehir.

Bernard meletakkan Everton di hadapan selepas 19 minit tetapi United bertindak balas dengan baik, Fernandes menanduk hantaran silang Luke Shaw untuk menyamakan kedudukan.

Pemain kelahiran Portugal itu meletakkan pelawat di hadapan selepas hantarannya yang terkena palang sebelum masuk menembusi gawang, jaringan tersebut hadir selepas gerakan 20 hantaran, gerakan kedua terbanyak sebelum disudahkan dengan jaringan dalam saingan EPL bagi musim 2020-21.

United bertahan dengan kuat dalam separuh masa kedua, dengan Everton gagal merekodkan sebarang percubaan tepat selepas jaringan pembukaan mereka, dan Edinson Cavani melengkapkan kemenangan United dengan jaringan sulung buat The Red Devils.

Fernandes kini terlibat dalam 15 jaringan (10 gol, lima assist) dalam 10 perlawanan di tempat lawan dalam aksi EPL, di mana merupakan rekod pertandingan tersebut.

Dalam 21 penampilan saingan liga sejak berhijrah dari Sporting CP Januari lalu, Fernandes telah menjaringkan 13 kali. Dalam era EPL, hanya Ruud van Nistelrooy, Robin van Persie (kedua-duanya 16), Dwight Yorke (15) dan Zlatan Ibrahimovic (14) telah menjaringkan lebih banyak berbanding Fernandes dalam 21 perlawanan pertama mereka buat United.

Bruno Fernandes berkata ia merupakan tanggungjawab setiap pemain Manchester United untuk menjadi pemimpin pasukan selepas mencetus inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Persembahannya menepis kritikan daripada sebilangan bekas pemain yang menegaskan United kekurangan pemimpin, tetapi Fernandes sendiri berkata ia bergantung kepada skuad untuk mempamerkan kualiti itu.

"Kami tahu, dalam bilik persalinan, apa yang harus kami lakukan, pemain yang kami ada, dan semua orang perlu menjadi pemimpin," katanya kepada BT Sport.

"Sebahagian daripada mereka adalah, saya tidak tahu bagaimana mengatakannya dalam bahasa Inggeris, mereka merupakan pemimpin yang senyap. Mereka tidak banyak berkata-kata dan melakukan perkara yang betul. Sebilangan yang lain perlu bercakap lebih lagi, menjadi lebih berperanan dalam perlawanan, menjadi sebahagian daripada perlawanan.

"Hakikatnya ialah, selepas tamat perlawanan, tiga mata yang diperoleh adalah untuk semua orang, bukan hanya untuk seorang pemain."