awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2024
03:10 MYT
Sensasi Alcaraz pertahan gelaran Wimbledon
Carlos Alcaraz mencium trofi yang dimenangi selepas mengalahkan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki pada kejohanan tenis Wimbledon di London, 14 Julai 2024. (Foto AP)
CARLOS Alcaraz dari Sepanyol berada dalam kelas tersendiri apabila mempertahankan gelaran Wimbledon selepas mengalahkan Novak Djokovic di London, malam Ahad.
Di sebalik kemenangan 6-2, 6-2, 7-6(4), Alcaraz tetap percaya lawan dari Serbia itu kekal sebagai 'Superman' dalam arena tenis dunia.
Justeru, pemain berusia 21 tahun itu mahu menikmati perjalanan menakjubkan kariernya setakat ini berbanding memikirkan terlalu jauh mengenai masa depannya.
"Saya mahu terus melangkah, meningkat dan berkembang serta cuba untuk terus menang. Ia penting buat saya pada masa ini," katanya.
Menerusi kejayaan tersebut, Alcaraz kini mengumpul empat trofi Grand Slam dengan rekod sempurna dalam final utama, selepas dua kemenangan Wimbledon, kejuaraan Terbuka AS pada 2022 dan Terbuka Perancis bulan lalu.
Biarpun masih muda, namun Alcaraz enggan terlalu memikirkan kemampuannya untuk terus meraih gelaran kerana dia tidak mengetahui had kemampuannya.
"Kita lihat nanti di akhir karier saya sama ada 25, 30, 15 atau empat gelaran Grand Slam. Saya tidak tahu. Saya hanya mahu menikmati perjalanan ini dan melihat apa yang berlaku pada masa depan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tenis
#Carlos Alcaraz
#Novak Djokovic
#Wimbledon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan