awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw Piala Asia: ASTAF yakin isu pendaftaran Thailand diselesaikan secara baik

Astro Arena
Astro Arena
04/01/2025
14:04 MYT
Sepak Takraw Piala Asia: ASTAF yakin isu pendaftaran Thailand diselesaikan secara baik
Abdul Halim (kiri) percaya isu itu dapat diselesaikan secara baik antara pihak tuan rumah, Malaysia, dan Thailand, demi kebaikan sukan sepak takraw antarabangsa. - StadiumAstro
PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, menegaskan pihaknya mengambil maklum mengenai isu kelewatan Persatuan Sepaktakraw Thailand dalam mengesahkan penyertaan bagi saingan Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Mei depan.
Abdul Halim percaya isu itu dapat diselesaikan secara baik antara pihak tuan rumah, Malaysia, dan Thailand, demi kebaikan sukan sepak takraw antarabangsa.
Pihaknya akan membincangkan isu itu dalam Mesyuarat Jwatankuasa Induk Piala Asia 2025 di Kuala Lumpur selewat-lewatnya bulan depan.
Abdul Halim, yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), berharap setiap pasukan bertanding dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan penganjur bagi memastikan kelancaran persiapan kejohanan.
Dalam perkembangan sama, dia turut mengesahkan hanya Filipina dan Laos tidak akan menyertai kejohanan itu.
"Apa yang telah disuarakan oleh Datuk Sumali (Reduan, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia) dalam perkara ini, iaitu pihak Thailand dan lain-lain negara lambat mengirimkan penyertaan mereka, saya percaya ia akan dibincangkan secara teliti dalam mesyuarat nanti.
"Sehingga hari ini, hanya ada dua negara yang tidak menyertai Piala Asia, iaitu Filipina dan Laos, sementara 14 negara lain, termasuk Thailand, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan China, sudah mengesahkan penyertaan pada hari ini dan saya percaya kejohanan ini akan berjalan dengan sebaik mungkin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Astaf
#Thailand
#Piala Asia
#Abdul Halim Kader
#Persatuan Sepaktakraw Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan