awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepakan penyerang Brazil Richarlison terbaik pada Piala Dunia 2022

Bernama
Bernama
24/12/2022
05:17 MYT
Sepakan penyerang Brazil Richarlison terbaik pada Piala Dunia 2022
Sepakan akrobatik Richarlison ketika menentang Serbia diundi sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pada Jumaat.
ISTANBUL: Sepakan akrobatik Richarlison ketika menentang Serbia diundi sebagai gol terbaik Piala Dunia 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pada Jumaat.
Peminat memilih sepakan Richarlison sebagai yang terbaik dalam kalangan 10 pencalonan, termasuk jaringan Neymar menentang Croatia, gol Kylian Mbappe menentang Poland dan jaringan Enzo Fernandez menentang Mexico, lapor Agensi Anadolu.
Penyerang berusia 25 tahun itu berjaya menjaringkan tiga gol dalam kejohanan Piala Dunia di Qatar yang menutup tirainya pada Ahad.
Richarlison menjaringkan dua gol dalam aksi pembukaan Kumpulan G menentang Serbia dan turut meledak gol pada pusingan 16 menentang Korea Selatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Sepakan akrobatik
#Richarlison
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan