KETUA  jurulatih Roma, Jose Mourinho, telah dikenakan penggantungan 10 perlawanan pada permulaan musim Serie A atas komen yang dibuatnya mengenai pengadil.

Mourinho telah diberikan hukuman oleh mahkamah persekutuan kebangsaan persekutuan bola sepak Itali, FIGC, selepas menyifatkan pegawai perlawanan, Daniele Chiffi, sebagai 'pengadil paling teruk (yang) pernah dilihatnya' selepas perlawanan Roma menentang Monza pada 3 Mei.

Pengendali kelahiran Portugal itu, yang juga pernah menguruskan Chelsea, Manchester United dan Tottenham, tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan dalam tempoh 10 hari pertama musim baharu.

Dia juga telah didenda EURO 50,000 (RM255,000).

Minggu lalu Mourinho digantung empat perlawanan oleh UEFA kerana menyelar pengadil, Anthony Taylor, pada perlawanan akhir Liga Europa pada 31 Mei. - Stadium Astro