Astro Awani akan menerbitkan rancangan khas buat peminat Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) tidak lama lagi.

Rancangan tersebut bukan sahaja membincangkan perkara yang berlaku di atas padang malah turut mengajak orang ramai untuk turut serta dalam liga fantasi Awani.

Untuk menyertai liga fantasi Awani anda perlu berdaftar sebagai ahli www.stadiumastro.com.

Selepas mendaftar, anda perlu klik pada bahagian BPL Fantasy 2015/2016, tubuh pasukan anda, beli pemain pilihan anda dan menyertai mini league Awani Premier League dengan kata laluan awani69.

Setiap minggu, pemain yang cemerlang akan diberi peluang untuk menyertai perbincangan dalam rancangan tersebut mengenai strategi permainan mereka selain pandangan mengenai perlawanan BPL.

Selain perbincangan apa yang berlaku di atas padang, rancangan tersebut akan turut berdiskusi dari sudut intektual, perniagaan dan bidang berkaitan dengan industri bola sepak.

Untuk maklumat lanjut, ikuti #AwaniPL atau layari laman web astroawani.com dan laman sosial kami.