awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gua Tempurung bakal dibangun sebagai hab ekopengembaraan bertaraf antarabangsa
234 sekolah agama seluruh negara berdaftar sebagai SABK - KPM
Ikon sinema Iran Majid Majidi ke Malaysia, kongsi ilmu filem di IFF 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung FAM, AFC ambil alih sementara pentadbiran

Astro Arena
Astro Arena
28/01/2026
07:41 MYT
Setiausaha Agung FAM, AFC ambil alih sementara pentadbiran
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, termasuk Bendahari FAM serta Ketua-Ketua Jabatan FAM akan mengurus segala tadbir urus serta persiapan pemilihan FAM akan datang. - Stadium Astro
DIFAHAMKAN Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan memantau sementara pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti laporan sebelum ini untuk tempoh tertentu selepas ke semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029 secara kolektif dan sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta-merta.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, termasuk Bendahari FAM serta Ketua-Ketua Jabatan FAM akan mengurus segala tadbir urus serta persiapan pemilihan akan datang.
Menurut tinjauan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, buat masa ini, urus tadbir FAM akan dikelolakan oleh Setiausaha Agung, Bendahari sambil dibantu Ketua-ketua Jabatan FAM.
Buat masa ini, urus tadbir FAM akan dikelolakan oleh Setiausaha Agung, Bendahari sambil dibantu Ketua-ketua Jabatan FAM.@ASTROARENA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 28, 2026
Salah satu inti pati peletakan jawatan exco FAM sebentar tadi adalah untuk menyediakan ruang sewajarnya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC untuk bebas menilai, meneliti dan jika perlu, menangani perkara-perkara berkaitan tadbir urus serta hal ehwal pentadbiran FAM.
FAM dalam masa sama sedang mengadakan sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas Kali ke-5 FAM bagi penggal 2025–2029. -- Stadium Astro


Topic Berkaitan
#FAM
#letak jawatan
#FIFA
#afc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami