KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap sukan seperti terjun, badminton, berbasikal trek terus menyumbang pingat buat Malaysia pada Sukan Olimpik.
Pada Rio 2016, Malaysia meraih tiga pingat perak dalam sukan badminton, satu perak (terjun) dan satu gangsa (berbasikal), ia pencapaian terbaik dalam Olimpik setakat ini.
Malah, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini berkata sukan berkenaan mewakili aspirasi utama negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik.
Menjelang temasya Olimpik Tokyo yang secara rasmi akan bermula Jumaat ini, Mohd Nazifuddin berkata jika atlet daripada tiga sukan berkenaan membawa pulang pingat dari Tokyo, Jepun, ia akan menjadi petunjuk bahawa mereka telah mencapai tahap kematangan dalam sukan.
"Saya gembira sekiranya mereka dapat pulang bersama pingat, dan saya berharap mereka akan terus menyumbang kepada pungutan pingat pada Sukan Olimpik," katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media semalam.
Bagaimanapun, oleh kerana persaingan menjadi semakin sukar Mohd Nazifuddin tidak menolak kemungkinan sukan lain akan muncul lebih baik dan kuat pada masa hadapan.
Sementara itu, beliau berkata peranan yang mencabar digalas setiap ketua kontinjen (CDM) untuk Olimpik Tokyo berikutan pandemik COVID-19.
"Semua perlu dilakukan secara maya. Saya rasa ini adalah proses pembelajaran untuk semua. Temasya kali ini bersejarah kerana Sukan Olimpik akan diadakan di tengah-tengah pandemik," katanya.
Mohd Nazifuddin menguruskan atlet di Tokyo dan membantu ketua kontinjen Malaysia Datuk Lee Chong Wei dari sana, kerana Chong Wei tidak dibenarkan melakukan perjalanan kerana masalah kesihatan.
Chong Wei akan melakukan tugasnya dari tanah air menerusi interaksi secara dalam talian dengan atlet dan pegawai di Jepun.
Sebanyak 30 atlet akan mewakili Malaysia dalam 27 acara merangkumi 10 sukan di Olimpik Tokyo.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021

Mohd Nazifuddin berkata jika atlet daripada tiga sukan berkenaan membawa pulang pingat dari Tokyo, ia petunjuk bahawa mereka telah mencapai tahap kematangan dalam sukan. - Gambar fail/BERNAMA

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak
Jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Astro Oasis penyiar utama World #QuranHour 1444H
Astro Oasis akan menjadi penyiar utama program World #QuranHour 1444H secara langsung di lokasi perdana iaitu UIAM pada 13 April ini.

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

JKM salur RM2.4 bilion kepada lebih 500,000 penerima bantuan pada 2022 - Nancy
Trend permohonan bantuan berkenaan bertambah saban tahun dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19, pada 2020 dan 2021.

Senat AS lulus rang undang-undang tamatkan darurat COVID negara
Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23.

Malaysia berkempen jadi Ahli Lembaga Eksekutif UN - Habitat
Malaysia berkempen untuk menjadi ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat pada Forum Pembangunan Lestari Asia Pasifik (APFSD) ke-10 yang diadakan di Bangkok.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.

Dua pertiga pekerja UK hidap gejala 'Long COVID' dilayan secara tidak adil - Laporan
Laporan yang dikeluarkan Kongres Kesatuan Sekerja dan Long COVID Support mengumpul maklumat dari 3,097 penghidap COVID berpanjangan.

Kerajaan dijangka perkenal inisiatif lain selain KWSP bantu rakyat
Kerajaan dijangka perkenal inisiatif lain selain KWSP bantu rakyat

COVID-19: WHO pinda saranan vaksin bagi fasa baharu pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pinda saranan vaksin Covid-19 bagi golongan remaja dan kanak-kanak.