Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 kerana didapati bersalah atas empat pertuduhan antaranya mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hukuman itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tataterbit FAM yang bersidang hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan, Ednan Othaman selepas pengerusinya Datuk Taufik Abdul Razak tidak dapat hadir.
Jawatankuasa tersebut turut menetapkan bahawa Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.
Berikutan keputusan itu, Shahidan, bekas menteri besar Perlis, hilang status sebagai presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM.
Ednan berkata Shahidan didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM iaitu berkaitan mengkritik pentadbiran badan induk bola sepak kebangsan itu.
"Hukuman terhadap Shahidan akan berkuat kuasa apabila dia (Shahidan) menerima surat daripada FAM iaitu dalam tempoh 14 hari selepas tarikh hukuman dijatuhkan hari ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Dalam tempoh penggantungan itu, Shahidan dilarang terbabit atau memegang jawatan dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak negara.
Atas pertuduhan pertama, Ednan berkata Shahidan dikenakan denda RM20,000 selepas didapati bersalah membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran.
Susulan daripada penyiaran berita tersebut di bawah pertuduhan kedua, Shahidan dikenakan denda RM10,000 dan digantung selama dua tahun kerana berniat menghina, mengaibkan serta menjatuhkan imej FAM, katanya.
Shahidan turut didapati bersalah atas pertuduhan ketiga apabila mengeluarkan kenyataan bercanggah atau tidak tepat dengan mana-mana keputusaan FAM dan beliau digantung selama enam bulan dan didenda sejumlah RM8,000.
Ednan berkata Shahidan turut didenda RM1,000 kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab selepas menerima surat pertuduhan bertarikh 1 Februari lepas yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.
"Dia (Shahidan) tidak bertanggungjawab dan dianggap menghina FAM apabila tidak mengambil sebarang tindakan bagi surat pertuduhan yang dihantar oleh FAM," katanya.
Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM62,500 kerana gagal mengawal penyokong mereka pada aksi Liga Super antara pasukan The Red Warriors dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, 15 Januari lepas.
"KAFA tidak boleh membuat rayuan di atas hukuman berkenaan dan ia perlu dijelaskan dalam masa 14 hari selepas menerima surat hukuman tersebut," katanya.
Beliau berkata Kelantan berkemungkinan bermain tanpa kehadiran penyokong sekiranya mereka mengulangi kesalahan sama pada aksi Liga Super seterusnya menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.
"Pegawai Jawatankuasa Disiplin FAM akan memantau perlawanan berkenaan dan sekiranya penyokong Kelantan gagal mengawal disiplin, maka kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Bernama
Wed Feb 20 2013
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Kek mewah RM20,000 jadi kejutan di majlis hari jadi Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa dikejutkan dengan kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.
Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.
Peruncit liat pulangkan kutipan GST walaupun jualan tahunan lebih RM500,000
Perkara itu dikesan sewaktu JKDM melakukan operasi Strategi Lautan Biro Kastam di seluruh negeri susulan pelaksanaan CBP.
Tindakan tegas terhadap majikan gagal carum Perkeso
Majikan yang didapati gagal mendaftar atau mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal berdepan tindakan tegas termasuk dikenakan kompaun sehingga RM4,000.
150 pelajar UIAM terima sumbangan Yayasan Pahang
Bantuan berkenaan diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Mesin ATM diletupkan perompak, wang RM300,000 lesap
Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Simpang Kuala, di sini diletupkan dipercayai menggunakan sejenis bom paip sebelum melarikan wang tunai dianggarkan lebih RM300,000.
Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.
Black kecewa ditipu perancang perkahwinan
Black mengakui rancangan perkahwinannya tergendala apabila ditipu sebanyak RM 30, 000.
Hampir 30,000 sakit akibat jerebu
Udara yang berjerebu sejak minggu lalu menyaksikan 29,000 penduduk di Melaka mendapatkan rawatan di seluruh negeri.
Bekas eksekutif akaun pelanggan dipenjara dan didenda
Bekas eksekutif akaun pelanggan dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah memberi suapan.