awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Bernama
Bernama
19/02/2025
21:20 MYT
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Penarikan diri Shandong Taishan FC dijangka memberikan kesan kepada kedudukan peringkat kumpulan dan struktur keseluruhan perlawanan Liga Juara-Juara Elit 2024/25. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengesahkan kelab dari China Shandong Taishan FC dianggap telah menarik diri daripada saingan Liga Juara-Juara Elit 2024/25 di bawah Artikel 5.2 Peraturan Pertandingan.
Kelab itu, sebelum ini memaklumkan kepada AFC berhubung keputusan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan yang dijadualkan semalam.
Berikutan perkembangan itu, AFC merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa yang berkaitan untuk perbincangan lanjut dan membuat keputusan mengenai sebarang tindakan atau sekatan yang perlu dikenakan.
"Perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa AFC yang berkaitan untuk membuat keputusan sewajarnya," menurut AFC dalam satu kenyataan semalam.
Penarikan diri pasukan itu dijangka memberikan kesan kepada kedudukan peringkat kumpulan dan struktur keseluruhan perlawanan.
Juara bertahan Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan 16 selepas menewaskan pasukan Korea Selatan Pohang Steelers FC 5-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri semalam.
Harimau Selatan itu menduduki tempat keempat dalam kedudukan kumpulan dengan 14 mata dan dijadualkan bertemu satu lagi pasukan dari Korea Selatan Gwangju FC dalam peringkat kalah mati pada Mac. Bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan berikutan penarikan diri Shandong Taishan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shandong Taishan FC
#tarik diri
#ACLE
#JDT
#afc
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan