Pemain China, Feng Shanshan mengulangi kejayaan dua tahun lepas apabila merangkul kejuaraan golf LPGA Malaysia 2016 dengan kelebihan tiga pukulan di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini, hari.
Pemain berusia 27 tahun itu memperagakan aksi mantap dengan membenam lima birdie dan satu bogey untuk catatan empat bawah par 67 pada pusingan akhir, sekali gus mengumpul catatan keseluruhan 17 bawah par 267.
Shanshan berjaya mengatasi pencabar terdekat, Suzann Pattersen dari Norway, dengan kelebihan tiga pukulan manakala Anna Nordqvist dari Sweden dan pemain Korea Selatan, Amy Yang berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 272.
Kejuaraan kali kedua selepas 2014 itu menyaksikan Shanshan membawa pulang hadiah wang tunai US$270,000 (RM1.134 juta) serta trofi yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam.
"Saya agak gementar pada lubang ke-15 kerana pada hari pertama, saya melakukan bogey berganda selepas bola masuk ke dalam air. Kali ini, kedudukan pin pun sama.
"Tetapi saya mencatatkan birdie pada lubang ke-14 dan ia memberi sedikit keyakinan...jadi saya melakukan pukulan yang hebat dan satu pukulan putt yang cantik di lubang ke-15 untuk menduduki 17 bawah," kata Shanshan, yang juga pemain ranking ke-11 dunia.
Semalam, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio itu gagal menyudahkan pusingan ketiga apabila ketinggalan satu lubang selepas saingan ditangguhkan akibat cuaca hujan.
Ketika itu, Shanshan, mengekori pendahulu pusingan kedua, Amy dengan satu pukulan.
Sementara itu, naib juara, Pattersen, berkata beliau beraksi dengan baik sepanjang minggu tetapi turut melakukan beberapa kesilapan sama seperti pemain lain.
"Semalam, saya rasa saya telah melepaskan peluang hebat untuk menjuarai kejohanan ini. Saya memulakan saingan dengan mantap semalam tetapi hari ini nampaknya saya tidak dapat mencapainya," katanya yang menjuarai 15 kejohanan dalam siri Jelajah LPGA.
Pada pusingan akhir, pemain berusia 35 tahun itu, melakarkan pukulan lima bawah 66 untuk mengumpul jumlah catatan 270.
Kelly Tan muncul sebagai pemain terbaik Malaysia dengan berkongsi kedudukan ke-58 dengan jumlah enam di atas par 290 manakala Ashley Lau merupakan pemain amatur terbaik di tempat ke-68 dengan 296 pukulan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Juara Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2016, Feng ShanShan bergambar bersama piala kejohanan di TPC Kuala Lumpur hari ini, 30 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Shanshan rangkul kejuaraan LPGA Malaysia buat kali kedua
Pemain itu memperagakan aksi mantap dengan membenam lima birdie dan satu bogey untuk catatan empat bawah par 67 pada pusingan akhir, sekali gus mengumpul catatan keseluruhan 17 bawah par 267.