KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Sharol Yuzy mahu anak buah kendaliannya memanfaatkan peluang beraksi di saingan kejuaraan Cub Prix Malaysia yang bakal membuka tirai pada 20 Mac ini.
Tumpuan semestinya terarah kepada pemegang gelaran dua kali naib juara keseluruhan kelas CP150, Azroy Hakeem Anuar.
Ini selepas bekas pelumba Moto GP negara itu menjelaskan hanya dua kategori menjadi fokus pasukannya CP 150 serta pelapis bakat muda Castrol Power One Racing Team yang akan beraksi dalam kelas wira.
"Dengan kekangan yang ada ini, pada asasnya ada sedikit masalah, namun masalah itu tidak banyak, tetapi dalam masa yang sama semua pasukan akan mengadapi masalah.
"Kita tidak mahu terlalu memikirkan masalah tersebut kerana kita akan lupa segalanya supaya kita dapat memberi fokus untuk mendapatkan kemenangan," katanya.
Meninggalkan kelas pertengahan CP125, Shahrol anggap banyak ruang yang boleh dipertingkatkan pelumbanya terutama Azroy Hakeem Anuar.
Shahrol ditemui bersama seorang lagi pelumba kebangsaan Azlan Shah Kamaruzaman pada satu acara kerjasama di antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan bekas pelumba dalam usaha membantu mereka mencari peluang pekerjaan di kala pandemik COVID-19.
Selain itu, Azlan berpendapat acara yang dianjurkan itu juga dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang keselamatan penggunaan jalan raya.
"Bagi saya perlumbaan yang dianjurkan ini memang sangat bagus kerana ia dapat membantu memberikan kempen keselamatan kepada masyarakat.
"Sebagai penunggang profesional, kita perlu menyedarkan masyarakat di luar sana tentang aspek keselamatan," katanya.
Astro Awani
Wed Mar 17 2021
Shahrol anggap banyak ruang yang boleh dipertingkatkan pelumbanya terutama Azroy Hakeem Anuar. - Gambar fail
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dipengaruhi oleh momentum penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah.
Ekonomi Madani angkat martabat keadilan sosial - Amir Hamzah
Khazanah Megatrends Forum 2024 (KMF 2024) menekankan penyelesaian bagi menangani landskap global dalam suasana ekonomi tidak menentu dan ketegangan geopolitik.
Purata sewa di Malaysia
Menurut Laporan Indeks Sewa Rumah IQI Malaysia bagi suku kedua 2024, dikeluarkan oleh Juwai IQI. Purata sewa di Malaysia meningkat 3.9 peratus kepada RM1,995 pada suku kedua tahun ini daripada purata pada suku pertama dan 2.9 peratus daripada suku kedua 2023.
Pemimpin UMNO diingatkan jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan
Pimpinan-pemimpun UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Perdana Menteri tempat ke-15, 500 muslim paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 muslim paling berpengaruh di dunia.
KKM lulus pendaftaran produk semula jadi Nova Hepar-P Capsule
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju untuk meluluskan pendaftaran produk semula jadi Nova Hepar-P Capsule dengan indikasi menyokong kesihatan hati.
Sultanah Kelantan berkenan nama dipatenkan pada bunga orkid
Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra berkenan memilih nama baginda untuk dipatenkan sebagai nama bunga orkid iaitu Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat, negeri lain berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis merekodkan peningkatan petang ini berbanding pagi tadi manakala di Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Pahang berkurangan.
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
AWANI Borneo [08/10/2024] - Akademi aeroangkasa dilancar | Elak kelewatan projek | Penstrukturan semula ekonomi
Tumpuan Awani Borneo 8 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
1. Sarawak mula langkah jadi jaguh industri aeroangkasa di rantau Asia.
2. Tidak perlu tunggu geran tanah laksana projek Persekutuan - Hajiji
3. Belanjawan 2025: Perlu fokus pembangunan hiliran di Sabah dan Sarawak - penganalisis
Sharol Yuzy mahu anak buah manfaat peluang beraksi di kejuaraan Cub Prix Malaysia
Bekas pelumba Moto GP negara itu menjelaskan hanya dua kategori menjadi fokus pasukannya CP 150 serta pelapis bakat muda Castrol Power One Racing Team yang akan beraksi dalam kelas wira.