awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharon Koh terpilih dalam skuad wanita kebangsaan

Bernama
Bernama
27/04/2013
14:16 MYT
Sharon Koh terpilih dalam skuad wanita kebangsaan
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menamakan Sharon Koh sebagai anggota terakhir skuad elit wanita kebangsaan.
Setiausaha Kehormat MTBC, Ban Cheng Cheah berkata MTBC bersetuju memilih Sharon selepas meneliti prestasi ketiga-tiga atlet yang bersaing untuk dipilih termasuk Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamallidon.
Nama mereka dicalonkan Ketua Jurulatih Kebangsaan Holloway Cheah.
"Kejohanan Kebangsaan Antara Negeri menjadi ukuran terakhir bagi menentukan siapa yang layak berada dalam skuad kebangsaan.
"Bagaimanapun Dayang Khairuniza dan Siti Safiyah masih lagi berada dalam skuad persediaan negara kerana kedua-duanya akan berada dalam skuad elit simpanan," katanya.
Sharon akan menyertai lima atlet lain iaitu Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Jacqueline Jenelee Sijore dan Sin Li Jane dalam skuad elit kebangsaan.
Ban berkata prestasi ketiga-tiga calon yang bersaing itu dinilai menerusi kejohanan Brunswick Euro Challenge di Munich, Jerman bulan lepas, kejohanan Boling Kebangsaan ke-37 serta Kejohanan Kebangsaan Antara Negeri.
Sharon, bekas juara remaja dunia menduduki tempat ke-24 daripada 356 peserta Brunswick Euro Challenge.
Topic Berkaitan
#boling
#sharon koh
#skuad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan