awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheikh Farouk dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club baharu

Bernama
Bernama
16/08/2025
11:00 MYT
Sheikh Farouk dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club baharu
Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan korporat dan sukan, termasuk jawatan di AEON Big, Nestl, MEF, serta sebagai Pengerusi Impact Integrated dan Ahli Jawatankuasa FAM. - Foto FB Terengganu FC
KUALA NERUS: Bekas Pengarah Urusan AEON Big Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) baharu Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) berkuat kuasa hari ini.

Ringkasan AI
  • Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) berkuat kuasa 16 Ogos 2025, menggantikan Mohd Sabri Abas.
  • Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan korporat dan sukan, termasuk jawatan di AEON Big, Nestl, MEF, serta sebagai Pengerusi Impact Integrated dan Ahli Jawatankuasa FAM.
  • TFCSB berharap pelantikan ini dapat memacu kelab ke tahap lebih tinggi, selaras dengan usaha penswastaan dan pembangunan bola sepak profesional di Terengganu.

TFCSB memaklumkan pelantikan berkenaan telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah TFCSB pada 27 Julai lepas.
Menurut kenyataan itu, Sheikh Farouk yang berkelulusan Sarjana Sains daripada Arizona State University, Amerika Syarikat pernah menyandang jawatan Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan memiliki pengalaman bekerja selama 18 tahun dengan syarikat makanan antarabangsa, Nestle.
"Dalam bidang sukan pula Sheikh Farouk dilantik sebagai Pengerusi Impact Integrated, sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memfokus kepada pembangunan belia dan e-sukan.
"Selain itu, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," menurut TFCSB dalam kenyataan.
Menurut kenyataan itu, pelantikan Sheikh Farouk diharap dapat membawa TFCSB ke peringkat lebih tinggi dan cemerlang pada masa akan datang, sekali gus mengukuhkan peranan penswastaan pasukan Terengganu FC (TFC) sebagai sebuah kelab bola sepak yang lebih berdaya tinggi.
"Pengalaman luas Sheikh Farouk dalam aspek pengurusan, kewangan dan sukan diharap dapat memacu TFCSB ke tahap lebih tinggi," menurut TFCSB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai
#Ketua Pegawai Eksekutif
#pelantikan
#Terengganu Football Club
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan