KUALA LUMPUR:Mengejutkan, pemain beregu campuran negara, Shevon Lai Jemie, mendedahkan dia langsung tidak diberi sebarang indikasi bahawa prestasi dalam saingan Sirkit Asia bakal membawa padah buat dirinya dan Goh Soon Huat, biarpun berjaya layak ke separuh akhir saingan akhir Jelajah Dunia BWF.
Lebih memeranjatkan, mereka dibuang hanya lima bulan menuju ke Sukan Olimpik Tokyo 2021.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggugurkan lima pemain termasuk pemain berusia 28 tahun itu bersama pasangannya, Soon Huat.
Penyingkiran itu memberi kesan buat Shevon dalam merebut slot ke Sukan Olimpik buat kali pertama sepanjang kariernya.
Peluang untuk layak juga mungkin akan tertutup seandainya Shevon dan Soon Huat gagal mendapatkan tajaan ke saingan Sirkit Eropah diikuti baki kejohanan kelayakan Sukan Olimpik yang lain.
Ketika ini, Shevon-Soon Huat yang kini di ranking ke-11 untuk ke Tokyo perlu menyertai saingan kelayakan sebanyak mungkin untuk merebut mata bagi memastikan mereka berada dalam kedudukan lapan terbaik selepas Goh Liu Ying-Chan Peng Soon.
"Kami tidak diberikan sebarang maklumat mengenai prestasi dalam saingan sebelum ini menjejaskan kedudukan hingga digugurkan daripada saingan.
"Hampir 10 bulan tanpa sebarang kejohanan dan ini merupakan peluang untuk kami mendapatkan peluang untuk mendapatkan rentak," kata Shevon.
"Kami akan mengikut barisan pemain profesional untuk meneruskan persiapan. Kami akan kekal di BAM hingga keputusan rasmi dikeluarkan.
"Kami masih dalam persaingan untuk mendapatkan tempat dalam Sukan Olimpik.
"Kami akan cuba menyertai kejohanan sebanyak mungkin dan masalahnya adalah tajaan untuk kami menyertai saingan dan jika tidak dapat tajaan, memang tiada peluang untuk kami beraksi."
Astro Arena
Mon Feb 08 2021
Peluang untuk layak juga mungkin akan tertutup seandainya Shevon dan Soon Huat gagal mendapatkan tajaan ke saingan Sirkit Eropah diikuti baki kejohanan kelayakan Sukan Olimpik yang lain. - fotoBERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis
Tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.
MITI sedia pelan induk komprehensif semikonduktor pada Mei - Tengku Zafrul
Majlis Pelaburan Negara gesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.