Litar Antarbangsa Sepang (SIC) memulakan langkah awal apabila melancarkan promosi dengan memberi diskaun 50 peratus bagi tiket menyaksikan Grand Prix Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali, peminat sukan permotoran boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM33.
Peminat perlu bertindak cepat kerana tawaran itu berakhir 31 Disember ini.
Razlan berkata tiket dengan harga diskaun itu membolehkan peminat masuk tiga hari berturut-turut menyaksikan perlumbaan dari tempat duduk atas rumput 'Hillstand' tidak bertutup.
Beliau berkata tawaran diskaun itu juga layak bagi semua kategori tiket kecuali di tiga zon iaitu Diamond, Sapphire dan Emerald.
Pada musim hadapan, pihaknya turut menyasarkan 90,000 penonton.
Oleh itu diskaun yang ditawarkan adalah harga paling munasabah berbanding perlumbaan di tempat lain. Ia juga bertujuan menjadikan F1 Malaysia sebagai GP yang mampu disaksikan semua orang.
Tambah Razlan, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pihak Pelancongan Malaysia sempena edisi ke-15 perlumbaan tahun ini.
Perlumbaan di SIC akan berlangsung dari 22 hingga 24 Mac depan.
Astro Awani
Fri Dec 14 2012
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
SIC yakin capai jualan lebih 100,000 tiket GP Malaysia
Setakat ini lebih 80,000 tiket telah dijual dan jualan tiket diramal bertambah.
SIC teroka platform e-sukan cungkil bakat pelumba kereta profesional
Melalui penganjuran bersama e-sukan bersama SIC dan RaceRoom Malaysia, pemenang kejohanan itu berpeluang menjadi pelumba profesional.
SIC yakin dapat penaja baharu sebelum saingan MotoGP 2018
SIC Racing Team sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa penaja swasta yang berminat menaja pasukan berkenaan dan rundingan dijangka dimuktamadkan sebelum pelancaran pasukan itu pada 20 Februari
SIC sudah ada perancangan lima tahun untuk Litar Sepang
Promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) sudah mempunyai pelan jangka panjang untuk mengoptimumkan penggunaan Litar Sepang pada masa akan datang.
SIC akan laksana kerja penambahbaikan litar
Promoter dan penganjur perlumbaan, SIC, akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan Litar Antarabangsa Sepang, pada Mei atau Jun ini.
SIC tawar diskaun pembelian tiket awal MotoGP
Penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menawarkan tiket diskaun bagi menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) tahun ini.
SIC tidak tutup kedai - Razlan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.
Konsert Lenny Kravitz di Grand Prix F1 Malaysia pada 29 Mac
Pemenang empat anugerah Grammy Awards, Lenny Kravitz akan membuat persembahan selama 70 minit di kejohanan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 pada 29 Mac ini.
SIC: Kematian Muhammad Izzat adalah kerana kemalangan
Kemalangan yang berlaku tidak ada kena mengena dengan kecuaian pelumba mahupun marshal perlumbaan.
Zulfahmi tidak sabar untuk beraksi
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin yakin mampu memberikan cabaran lebih kuat musim ini.