Seni persilatan dapat membantu membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman, jati diri, disiplin dan pembentukan sahsiah yang tinggi, kata Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri Perdana Menteri itu berkata pembabitan golongan wanita dalam seni silat dapat membentuk karektor sekali gus membantu membentuk masyarakat yang mempunyai kesetiaan dan kecintaan yang tinggi kepada negara.
"Apa yang menarik mengenai silat adalah ianya diamalkan bukan sahaja di kalangan pahlawan Melayu tetapi juga di kalangan srikandi Melayu," katanya ketika berucap pada perasmian Kejuaraan Silat Antarabangsa 2012 Piala Datin Sri Rosmah di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka, Jumaat malam.
Menerusi Tun Fatimah, wanita yang terkenal dengan kehandalan bersilat sewaktu membantu Melaka dalam menentang Portugis pada abad ke-16 menunjukkan wanita dan silat merupakan satu perhubungan yang telah dijalinkan sejak sekian lama dan tidak dikhususkan buat kaum lelaki sahaja, katanya.
Lebih 350 peserta dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia mengambil bahagian pada kejuaraan julung kali diadakan, anjuran Persatuan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).
Menurut Rosmah, apa yang menarik mengenai silat pada suatu ketika dahulu merupakan seni mempertahankan diri yang amat penting sekali dan diamalkan di seluruh nusantara.
Mengenai kejuaraan itu, Rosmah berkata ianya amat baik dan sangat dialu-alukan bagi menyemarakkan semangat srikandi dan kesukanan dalam melahirkan jaguh persilatan.
"Kita juga seharusnya berasa bangga kerana silat telah dipertandingkan di Sukan SEA sejak 1979 dan telah menjadi acara demonstrasi di Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan," katanya.
Beliau yakin tidak mustahil sekiranya seni silat akan dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik pada satu masa nanti.
Bernama
Sat Nov 17 2012
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
[KOLUMNIS] Semangat nasionalisme tersirat dalam peribahasa Melayu
Unsur nasionalisme dalam peribahasa mengandungi nilai yang mendorong rakyat untuk mengutamakan negara dan bangsa, berkorban demi kedaulatan dan menjaga perpaduan.
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
Kementerian Perpaduan bakal wujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara
Kementerian Perpaduan akan menyegerakan dan mewujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara yang merupakan antara anugerah prestij di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Kabinet lulus cadangan lafaz ikrar Rukun Negara di program kerajaan - Aaron
Cadangan Kementerian Perpaduan Negara sebelum ini agar lafaz ikrar Rukun Negara dilaksanakan di setiap program rasmi kerajaan, diluluskan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Selangor FC lancar jersi "away" musim 2021 secara digital
Pelancaran jersi Red Giants ini adalah pelancaran jersi kedua musim ini setelah jersi "home" untuk kegunaan di gelanggang sendiri bagi musim ini telahpun dilancarkan pada 1 Feb lepas.
Terkejut filem tanpa bajet dapat anugerah - Pengarah Geran
Mohd Shahreel berkata, perasaan teruja dan gembira itu sukar untuk diungkapkan memandangkan kejayaan itu datang tanpa diduga.
Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan
Memakai busana lengkap tradisional Melayu iaitu tanjak, baju layang, kain samping dan keris adalah satu tradisi yang seharusnya jadi kebanggaan dan anak muda tidak perlu rasa malu dengan warisan ini.
Mentor berperanan besar hasilkan graduan berkualiti
Kehidupan di zaman kolej dan universiti memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.
Najib: Jangan kibar Jalur Gemilang hanya untuk simbolik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mengibarkan jalur gemilang dengan pengertian sepenuhnya menunjukkan semangat patriotik serta melambangkan kedaulatan dan jati diri negara.