awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SIRIM akan keluar sijil kelulusan bagi import sisa plastik berkuat kuasa 1 Julai
MALAYSIA
Empat lelaki ditahan cuba curi kabel TM
MALAYSIA
Ops Tali Pinggang: JPJ Selangor lapor tahap pematuhan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Simbah asid: "Jangan aniaya saya..." - Faisal Halim

Astro Arena
Astro Arena
10/05/2025
05:08 MYT
Simbah asid: "Jangan aniaya saya..." - Faisal Halim
Faisal mahu memandang ke depan dan memajukan kariernya walaupun perasaannya bercampur-baur berhubung siasatan terhadap kesnya disimbah asid. - Stadium Astro
PEMAIN kebangsaan, Faisal Halim, mahu terus memandang ke depan dan memajukan kariernya walaupun perasaannya bercampur-baur berhubung siasatan terhadap kesnya yang disimbah asid di sebuah pusat membeli-beli di Ibu Kota.

Ringkasan AI
  • Pemain kebangsaan itu tetap bertekad untuk memajukan kariernya walaupun masih beremosi terhadap siasatan kes serangan asid yang dialaminya.
  • Selepas setahun, pihak berkuasa memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) kerana tiada petunjuk baharu, menyebabkan Faisal berasa kecewa tetapi menerima keputusan dengan hati terbuka.
  • Faisal menegaskan bahawa beliau hanya ingin memberi tumpuan kepada kariernya dan tidak mahu terlalu memikirkan kes tersebut, sebaliknya mahu kembali ke arena bola sepak dengan semangat baharu.

Selepas setahun, pasukan peguam yang diamanahkan kelab Selangor itu dalam sidang media kelmarin menjelaskan perkembangan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memaklumkan tidak dapat mengesan sebarang petunjuk.
"Sebagai mangsa, saya kecewa.
"Benda pun dah jadi, dah lepas . Saya berharap sangat berilah saya (peluang) kembali dalam kancah bola sepak.
"Kalau ada yang tidak kena, beritahulah saya. Jangan aniaya saya.
"Saya tiada salah silap dengan siapa-siapa, saya rasalah.
"Kalau ada salah silap, beritahulah daripada buat macam ini. Saya ada keluarga untuk ditanggung, karier yang saya kerja dari kecil.
"Saya orang kampung. Saya susah di kampung, saya jadi seorang pemain bola sepak bukan untuk kejar kesenangan tapi kejayaan untuk menjadi pemain terbaik.
"Apa yang boleh saya katakan, saya terima dengan hati yang terbuka, saya redha. Inilah ruang untuk saya kembali dalam bola sepak.
"Saya hanya fokus kepada karier. Saya tidak mahu fikir kes, NFA atau apa. Itu tugas pihak polis.
"Saya tidak pasti sama ada boleh terima (atau tidak). Saya cuma mahu fokus kepada karier," katanya yang berkongsi ilmu bersama penyokong di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebentar tadi. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#kes simbah asid
#NFA
#karier bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami