KUALA LUMPUR: Pemain golf terbaik Malaysia Gavin Green mempamerkan satu lagi permainan cemerlang pada hari kedua kejohanan Siri Antarabangsa Singapura, dengan mencatatkan satu lagi tujuh bawah 65.
Selepas permainan tanpa bogi dan mencatatkan tujuh bawah 65 pada pusingan pertama Khamis pada kejohanan yang julung kali diadakan itu, pemain berusia 28 tahun itu mengulangi pukulan yang sama untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan 14 bawah 130, di Tanah Merah Country Club.
Gavin, yang meraih gelaran Order of Merit Jelajah Asia 2017, melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya, untuk mendahului pemain lain pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta (kira-kira RM6.67 juta).
"Tentunya pukulan bola perlu baik pada lapangan golf di sini, anda perlu terus lakukannya ketika bermain, tidak boleh lakukan banyak kesilapan. Perlu letakkan bola pada bahagian tertentu padang, kerana ia agak becak.
"Dan walaupun anda telahpun berada pada green ia pukulan put yang sukar," katanya seperti disiarkan laman sesawang Jelajah Asia.
Pemain Thailand Phachara Khongwatmai ketinggalan tiga pukulan di belakang dengan catatan keseluruhan 133, selepas melakukan 66 semalam, manakala Veer Ahlawat dari India dan Yoseop Seo dari Korea Selatan mencatatkan 65 semalam, untuk keseluruhan 10 bawah 134.
Seorang lagi wakil Malaysia Ben Leong, terikat di tempat ke-28 bersama tujuh pemain lain dengan empat bawah 140 (71, 69), manakala Nicholas Fung gagal menempatkan diri pada kedudukan 74 terbaik.
Nicholas hanya menduduki tempat ke-80 bersama 10 lagi pemain dengan catatan keseluruhan satu atas 145, selepas melakukan pukulan 70 dan 75 pada hari pertama dan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya untuk mendahului pemain lain pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta ini. - Foto Facebook Asian Tour
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.
Golf: Gavin layak ke Olimpik buat kali ketiga
Pemain golf profesional Malaysia Gavin Green melayakkan diri buat kali ketiga berturut-turut ke Olimpik selepas berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 60 pemain terbaik dunia.
Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.
Tokyo 2020: Gavin tamatkan kempen berkongsi tempat ke-57
Pemain golf kebangsaan Gavin Green menamatkan permainan strok individu lelaki di Olimpik Tokyo 2020 hari ini dengan berkongsi kedudukan ke-57, mencatatkan empat atas par 288 keseluruhan.
Golf EurAsia Cup 2018: Eropah pertahan kejuaraan
Pasukan Eropah mendominasi hari ketiga untuk mengalahkan pasukan Asia 14-10.
Golf EurAsia Cup 2018: Green terus cemerlang untuk pasukan Asia atasi Eropah
Gavin Green membuktikan pemain Asia mampu bersaing dengan pemain Eropah untuk membantu pasukan Asia mendahului saingan EurAsia Cup 2018.
Golf EurAsia Cup 2018: Pasukan Asia mendahului pada hari pertama
Eropah 3.5-2.5 pada hari pertama kejohanan golf EurAsia Cup di Kelab Golf dan Country Glenmarie.
Golf EurAsia Cup 2018: Asia vs Eropah, juara milik siapa?
Edisi ketiga EurAsia Cup di Kelab Golf dan Country Glenmarie menyaksikan pasukan Eropah turun mempertahankan kejuaraan manakala Asia yakin merampas mahkota tahun ini.