awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari, Aira mara ke suku akhir Klasik Qatar 2025

Bernama
Bernama
29/09/2025
21:40 MYT
Sivasangari, Aira mara ke suku akhir Klasik Qatar 2025
Pilihan ketujuh Sivasangari menampilkan aksi bertenaga apabila menundukkan wakil Belgium, Nele Gilis, 11-8, 11-8, 11-5 dalam tempoh 34 minit pada pusingan kedua kejohanan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy negara, S. Sivasangari bersama bekas naib juara remaja dunia 2023, Aira Azman mengesahkan slot ke suku akhir Klasik Qatar di Doha, pada Isnin.
Pilihan ketujuh Sivasangari menampilkan aksi bertenaga apabila menundukkan wakil Belgium, Nele Gilis, 11-8, 11-8, 11-5 dalam tempoh 34 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa.
Pemain berusia 25 tahun itu bakal berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual menentang pilihan kedua dari Mesir, Hania El Hammamy, yang juga juara edisi 2023 selepas bangkit menewaskan Jasmine Hutton dari England, 8-11, 11-6, 11-2, 11-9.
Sementara itu, Aira yang berusia 21 tahun turut melakar kejayaan bergaya apabila menyingkirkan pemain Mesir, Zeina Mickawy, 11-8, 11-7, 13-11 dalam masa 29 minit untuk mengatur pertemuan dengan rakan senegara El Hammamy, Amina Orfi, di suku akhir.
Terdahulu, pilihan keempat Orfi mudah mengatasi cabaran wakil Amerika Syarikat, Marina Stefanoni, 11-3, 11-7, 11-3.
Kejohanan berstatus Platinum dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) itu menawarkan jumlah hadiah keseluruhan USD231,500 (kira-kira RM976,000) masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Klasik Qatar 2025
#S Sivasangari
#Aira Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan