awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Jangan ajar kami sopan kalau kamu tidak sopan - Akmal tegur sikap DAP
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari mara ke final Kejohanan Terbuka Silicon Valley

Bernama
Bernama
15/10/2025
21:30 MYT
Sivasangari mara ke final Kejohanan Terbuka Silicon Valley
Menanti Sivasangari di pentas akhir ialah pilihan utama kejohanan, Olivia Weaver dari Amerika Syarikat, lawan yang cukup dikenali selepas memenangi tujuh daripada lapan pertemuan terdahulu antara mereka. - Foto PSA Squash Tour
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara S. Sivasangari kini hanya selangkah lagi untuk menjulang kejuaraan selepas mara ke perlawanan akhir Kejohanan Silicon Valley Open di Redwood City, Amerika Syarikat, semalam(waktu Malaysia).
Pemain ranking ke-8 dunia yang juga pilihan ketiga itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila menundukkan pilihan ketujuh dari Mesir, Salma Hany, 3-0 dalam masa hanya 22 minit pada aksi separuh akhir.
Sivasangari memperagakan ketepatan pukulan dan ketenangan permainan sepanjang perlawanan untuk mencatat kemenangan 11-3, 11-9, 11-5, sekali gus menempah tempat ke final yang dinanti-nantikan.
Menanti beliau di pentas akhir ialah pilihan utama kejohanan dari Amerika Syarikat, Olivia Weaver, lawan yang pernah menewaskannya dalam tujuh daripada lapan pertemuan terdahulu.
Terdahulu, Weaver melangkah ke final selepas menundukkan pemain England, Georgina Kennedy 3-0 (11-5, 11-3, 11-4) dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#S Sivasangari
#Kejohanan Terbuka Silicon Valley
#Salma Hany
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan