awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivasangari rangkul gelaran juara di Hong Kong

Bernama
Bernama
25/11/2023
12:06 MYT
Sivasangari rangkul gelaran juara di Hong Kong
Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong hari ini. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara S. Sivasangari melakar kejayaan membanggakan selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong hari ini.
Sivasangari, pemain ranking ke-22 dunia hanya memerlukan 34 minit bagi menundukkan wakil Mesir Amina Orfi yang merupakan Juara Dunia Remaja 2022 dan 2023 dengan keputusan 11-9, 11-8, 11-5.
Lebih manis, ia merupakan gelaran juara kedua Sivasangari pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Piala Tuanku Mukhriz pada Ogos lepas.
"Sepanjang minggu ini saya rasa sedikit gementar pada pusingan pertama ... saya rasa tidak selesa tetapi setiap hari permainan saya bertambah baik dan membawa kemajuan.
Saya amat gembira terutamanya dapat mengatasi pemain berbakat seperti (Amina) ," kata atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu menerusi klip audio dikongsikan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di laman X.
Sementara itu, hasrat jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow untuk melakar kejayaan sama pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila tewas di tangan wakil Mesir Aly Abou Eleinen.
Eain Yow yang menghuni ranking ke-21 dunia itu dipaksa bermain empat set dan tewas dengan keputusan 6-11, 11-5, 7-11, 7-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Skuasy
#S Sivasangari
#Juara
#Kejohanan Skuasy Terbuka
#Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan