KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara dilihat mampu merealisasikan sasaran empat pasukan terbaik saingan Kejohanan Piala Thomas di Bangkok, Thailand bulan depan seperti ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Keyakinan itu dilontarkan bekas pemain beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Kiat berdasarkan mutu persembahan dipamerkan rata-rata pemain muda di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 pada Februari lepas.
"Mutu persembahan mereka pada BATC boleh dikatakan baik tapi seperti sedia maklum undian memainkan peranan penting dalam kejohanan itu.
"Dijadualkan bertemu pasukan bagus sudah pasti akan ada tekanan yang dirasai. Namun saya rasa mereka mampu melangkah ke pusingan separuh akhir," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program pertandingan badminton berasaskan hiburan 'Show Me Your BAD-Minton' di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Kien Kiat berkata, keserasian dipamerkan skuad badminton negara juga sebagai penanda aras bakal ada sesuatu mampu disumbangkan bukan sahaja di Piala Thomas malah dalam kejohanan lain pada masa akan datang.
"Jika dulu pasukan negara dibarisi campuran pemain junior dan senior jadi antara mereka kena menunjukkan kebolehan untuk menyumbangkan mata tapi sekarang saya rasa ia seimbang dan mereka tidak bersaing untuk menunjukkan siapa lebih hebat atau tidak," katanya.
Skuad lelaki negara sebelum ini menempah slot ke Piala Thomas selepas berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan BATC buat kali pertama dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.
Kali terakhir skuad badminton kebangsaan meraih Piala Thomas ialah pada 1992 selepas menewaskan Indonesia 3-2 di Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam majlis pelancaran tersebut Kien Kiat meletakkan sasaran sehingga 1,000 peserta bagi memeriahkan program pertandingan diperkenalkannya yang memberi peluang mempamerkan kemahiran serta corak permainan kreatif menggunakan raket serta bulu tangkis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022

Koo Kien Kiat yakin terhadap mutu persembahan yang dipamerkan rata-rata pemain muda di BATC 2022 pada Februari lepas. - Facebook Koo Kien Keat

AWANI Pagi: China di Asia Timur | Lubuk Konflik Seterusnya?
Apakah implikasi situasi di rantau Asia Timur kepada kestabilan dan keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya? Apakah peranan ASEAN? Ikuti perbincangannya dalam AWANI Pagi, esok. #AWANInews #MalaysiaSihat

Kerajaan Pahang umum kenaikan kadar bantuan segera banjir
Kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan bantuan baik pulih rumah rosak akibat banjir daripada RM2,500 kepada RM5,000.

Jangan hirau kekecohan kelompok yang kalah - Rafizi
Kongres Nasional parti itu seharusnya tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan kerenah segelintir calon yang kalah memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa.

Hadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit - Anwar Ibrahim
Anwar turut mengambil contoh sebuah syarikat yang menurutnya mencapai keuntungan sebanyak RM2.26 bilion pada tahun lalu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976712/thumbnails/37006374821657069009128.0000008_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tandak takungan berkenaan hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di AS
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zii Jia ulangi tidak akan sertai Sukan Komanwel
Keputusan Zii Jia untuk menarik diri daripada Sukan Komanwel telahpun mendapat komen positif dan negatif beberapa pihak.

Goh Jin Wei enggan tunduk tekanan Sukan Komanwel
Pemain perseorangan profesional Goh Jin Wei enggan tunduk kepada tekanan meskipun diletakkan selaku sandaran utama kem badminton wanita negara ke Sukan Komanwel.

Sukan Komanwel: BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Susulan tindakan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

Sukan Komanwel: Zii Jia tarik diri, peluang untuk Tze Yong menyinar
BAM tiada pilihan selain menurunkan pemain ranking ke-48 dunia itu untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki .

BAM kenal pasti calon jurulatih baharu - Rexy
Calon jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran Paulus Firman, telah dikenal pasti.

Tidak mahu bergantung pada Zii Jia, BAM komited lahir jaguh perseorangan lelaki
Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.

Rombakan barisan kejurulatihan perlu dalam BAM - Ewe Hock
Ong Ewe Hock secara terbuka telah memberikan pandangan beliau mengenai apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan prestasi pemain perseorangan negara.

Sukan Komanwel: India terus jadi halangan besar Malaysia - Rexy
Rexy berkata, BAM merancang untuk menghantar skuad terbaik pada Sukan Komanwel di Birmingham.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.