awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad berbasikal lebuh raya wanita raih satu slot ke Paris 2024

Bernama
Bernama
16/11/2023
22:45 MYT
Skuad berbasikal lebuh raya wanita raih satu slot ke Paris 2024
Kem berbasikal lebuh raya wanita negara berjaya memperoleh satu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 susulan kejayaan Phi Kun Pan meraih pingat emas acara lepas beramai-ramai bawah 23 tahun wanita di Kejohanan ACC 2023 pada Jun. - Foto Facebook PKBM
KUALA LUMPUR: Kem berbasikal lebuh raya wanita negara menerima khabar gembira apabila berjaya memperoleh satu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan Malaysia diberikan slot daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) susulan kejayaan pelumba cilik Phi Kun Pan merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai bawah 23 tahun wanita di Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia (ACC 2023) di Rayong, Thailand, Jun lepas.
Beliau berkata khabar gembira itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI dan Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill ketika mesyuarat exco PKBM dua minggu lepas.
"Saya difahamkan UCI akan berhubung terus dengan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) untuk notifikasi kelayakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Bagaimanapun, Abu Samah berkata pihaknya akan menentukan pelumba mana yang layak mewakili negara pada temasya sukan terbesar dunia itu nanti.
Abu Samah berkata selain Kun Pan, seorang lagi pelumba negara Nur Aisyah Zubir yang memenangi dua pingat gangsa dalam acara lebuh raya dan kriterium wanita di Sukan SEA 2023 Kemboja, Mei lepas, juga berpotensi ke Paris 2024.
Kali terakhir skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan mempunyai wakil di pentas Olimpik adalah pada edisi 2012 di London menerusi dua pelumba lelaki negara Muhammad Adiq Hussainie Othman dan Amir Mustafa Rusli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#skuad berbasikal lebuh raya wanita
#Abu Samah Abd Wahab
#Phi Kun Pan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan