KUALA LUMPUR: Skuad ragbi kebangsaan telah memulakan persediaan lebih awal pada kali ini, selepas menjadi pasukan belasahan kepada Hong Kong dan Korea Selatan pada Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC), tahun lepas.
Ketua Jurulatih skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) Mohd Farid Syazwan Abu Bakar berkata pihaknya, merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya enam kem latihan sebelum ARC kali ini, yang dijadualkan pada awal Jun.
Skuad berkenaan yang kini menjalani kem latihan pusat fasa pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, juga akan mengharungi aksi persahabatan menentang kelab tempatan Barbarian, petang ini.
"Kem ini untuk memperbaiki kelemahan yang kita kenal pasti, berdasarkan prestasi pasukan pada 2023. Kita juga mahu beraksi dalam dua perlawanan ujian dengan pasukan kebangsaan, yang masih lagi cuba untuk mendapatkan kepastian atau kesediaan pasukan berkenaan," katanya menerusi sebuah klip video.
Mohd Farid Syazwan berkata saingan divisyen teratas ARC kali ini, dijangka lebih sengit berbanding tahun lepas, ditambah pula dengan kehadiran pasukan tambahan Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada edisi kali ini.
"Pasukan UAE mempunyai pemain expatriate, dan pemain naturalisasi daripada Fiji. Namun kami yakin dengan bakat-bakat tempatan yang dikenal pasti, kita akan cuba sehabis baik untuk membantu pasukan kali ini," katanya.
Mohd Farid Syazwan berkata barisan kejurulatihan telah memanggil enam muka baharu ke skuad Bunga Raya 15s kali ini, manakala mengekalkan 24 pemain daripada edisi lepas dan memanggil semula lima pemain lama yang tiada dalam pasukan sebelum ini.
Beliau berkata penilaian pemain diadakan berdasarkan Piala Agong 2023 yang berakhir November lepas dan Kejohanan Ragbi Super Korporat (CSR) baru-baru ini.
Skuad negara dijadualkan membuka kempen ARC 2024 menentang Korea Selatan di Incheon pada 2 Jun, kemudian menerima kunjungan Hong Kong (8 Jun) dan bertemu UAE (21 Jun) di Dubai.
Pada edisi lepas, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 3-27 oleh Korea Selatan dan 9-88 oleh juara bertahan Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Pada edisi lepas, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 3-27 oleh Korea Selatan dan 9-88 oleh juara bertahan Hong Kong. - Foto Facebook/Malaysia Rugby
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Skuad Bunga Raya mula persediaan awal hadapi ARC 2024
Skuad ragbi kebangsaan telah memulakan persediaan lebih awal pada kali ini.
Skuad Bunga Raya sertai Sixways 7s di England
Pasukan ragbi tujuh sebelah (7s) menyertai kejohanan ragbi tempatan Sixways 7s sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
Pasukan ragbi 7s mula latihan Khamis ini hadapi Kelayakan Komanwel
Pasukan ragbi 7-sebelah (7s) lelaki dan wanita kebangsaan bakal memulakan latihan pusat secara gelembung sukan Khamis ini di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Skuad ragbi intai pendedahan di luar negara tingkat prestasi
Skuad negara mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 Asia di Ipoh, minggu lalu, dengan menundukkan Sri Lanka dalam perlawanan akhir.