awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Harimau Malaya terima vaksin COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
19/04/2021
22:29 MYT
Skuad Harimau Malaya terima vaksin COVID-19
Sebahagian daripada pemain skuad Harimau Malaya yang hadir menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja, Putrajaya semalam. - Astro ARENA
TIADA lagi kerisauan buat skuad Harimau Malaya untuk terus memberi fokus dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 semalam.
Pengendali negara, Tan Cheng Hoe menjelaskan hanya empat pemain yang tidak bersama 34 pemain lain yang menerima suntikan di Putrajaya.
Empat pemain yang tidak dapat hadir semalam akan menerima suntikan dalam masa terdekat.
Pemain daripada pasukan Kedah terkecuali dari program suntikan vaksin tersebut kerana mereka sudah menerima dos pertama lebih awal Rabu lalu.
Selain pemain dan barisan kejurulatihan, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Wira Yusoff Mahadi, dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menerima suntikan.
BACA: Hamidin ketuai kontinjen FAM terima suntikan vaksin COVID-19
BACA: Skuad Harimau Malaya divaksin bermula Isnin depan
Tambah Cheng Hoe, suntikan kedua akan diterima 10 Mei ini sebelum mereka berlepas ke Bahrain pertengahan bulan depan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
"Setiap pemain dan pegawai sudah tidak lagi risau selepas menyempurnakan vaksinasi dan tiada kesan sampingan," kata Cheng Hoe.
"Kami berharap semua berada dalam keadaan terbaik menjelang sesi latihan 16 Mei ini."
Sumber Facebook myKBSMalaysia
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Piala Dunia
#FAM
#harimau Malaya
#suntikan
#dos pertama
#vaksin
#Tan Cheng Hoe
#Piala Asia
#risau
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan