KUALA LUMPUR: Tanpa kehadiran beberapa pemain terbaik dunia tentunya memberikan kelebihan terbaik kepada skuad lelaki kebangsaan negara untuk menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, minggu hadapan.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berpandangan bahawa skuad lelaki yang menjadi naib juara edisi 2020, perlu menyerlah ketika ini bagi memenangi kejohanan itu yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam 15 hingga 20 Feb.
"Memang saya lihat skuad kita ada peluang yang besar untuk jadi juara, namun mereka harus layak dahulu ke separuh akhir untuk bina keyakinan diri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir dan layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand.
Difahamkan bahawa pemain nombor dua dunia pada ketika ini Kento Momota dan pasangan beregu lelaki nombor empat dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, selain beberapa pemain utama Indonesia seperti Anthony Sinisuka Ginting, Jonatan Christie dan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, tidak akan menyertai kejohanan itu.
Dalam masa sama, Chong Wei memaklumkan yang beliau teruja untuk melihat prestasi pemain muda negara dalam kejohanan itu seperti Nz Tze Yong, juara acara beregu Antarabanga India Syed Modi 2022 Man Wei Chong-Tee Kai Wun, serta Aidil Sholeh Ali Sadikin dan mengingatkan mereka untuk menunjukkan keupayaan sebenar mereka ketika di gelanggang.
Mengenai cabaran skuad wanita pula, pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu berharap, mereka akan berikan yang terbaik untuk layak ke Piala Uber, walaupun sedar adalah sukar bagi skuad itu untuk muncul sebagai juara.
"Bukan mudah untuk pasukan wanita untuk menang, tetapi saya harapkan yang mereka akan berusaha dan berikan yang terbaik untuk Malaysia," katanya.
Pada Selasa, skuad lelaki diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Singapura dan Kazakhstan dan sekali gus mengelak dari bertemu juara tiga kali Indonesia (2016, 2018, 2020), India, Korea Selatan dan Hong Kong yang diundi dalam Kumpulan A.
Dalam undian wanita, juara bertahan Jepun dan India, menanti Malaysia dalam kumpulan Y, manakala Kumpulan Z pula terdiri daripada Korea Selatan, Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan.
Pasukan seperti China, Thailand dan Taiwan tidak akan menyertai edisi kali ini, dan format kejohanan telah pun diubah dengan tiada peringkat suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
Chong Wei memaklumkan beliau teruja untuk melihat prestasi pemain muda negara dalam kejohanan itu dan mengingatkan mereka untuk menunjukkan keupayaan sebenar mereka ketika di gelanggang. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Perjuangan skuad wanita terhenti di suku akhir BATC 2024
Hasrat skuad wanita negara untuk melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 tidak kesampaian.
SELBATC: Letshaana tewas, Malaysia ketinggalan kepada Indonesia
Tewas dalam dua pertemuan terdahulu, Letshaana kelihatan sukar untuk bersaing dalam set pertama, di mana dia tewas mudah 12-21.
Zii Jia sedia beraksi pada kejohanan BATC 2024
Beliau yang "berguru" bersama Persatuan Badminton Korea (BKA) selama 10 hari dari 31 Jan hingga 9 Feb bersedia diturunkan bila-bila masa sekiranya khidmatnya diperlukan skuad negara.
BATC medan uji kecergasan Tze Yong
Ng Tze Yong yang mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia Januari lepas berkemungkinan diturunkan menentang Brunei dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia esok.
BATC 2024: Pemain Myanmar bantu persiapan sukad wanita negara
Latihan pemain perseorangan wanita negara dimantapkan dengan khidmat tiga pemain perseorangan lelaki Myanmar menjelang BATC 2024 di Setia Alam bermula Selasa depan.
Zii Jia terima jemputan BAM untuk wakili Malaysia di BATC
Zii Jia telah memutuskan untuk menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bermain untuk negara dalam acara berpasukan lelaki.
Skuad negara kini beralih tumpuan kepada Piala Thomas
Beregu lelaki profesional negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin difahamkan berpeluang buat penampilan pertama di Piala Thomas, Mei depan.
BATC: Agong, Raja Permaisuri ucap tahniah kepada skuad lelaki kebangsaan
Seri Paduka berdua turut menzahirkan sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang itu kerana pasukan badminton negara mencipta sejarah selepas muncul juara.
BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad lelaki kebangsaan menjuarai BATC 2022.
BATC: Malaysia muncul juara selepas jinakkan Indonesia
Skuad lelaki negara menepati ramalan untuk menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia, 3-0 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.