awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad lelaki, wanita Malaysia mara ke final Skuasy Berpasukan Asia 2021

Bernama
Bernama
03/12/2021
15:14 MYT
Skuad lelaki, wanita Malaysia mara ke final Skuasy Berpasukan Asia 2021
Perlawanan pertama kategori wanita menyaksikan pemain negara Aifa Azman terus mendominasi gelanggang apabila mencatat kemenangan mudah membenam cabaran lawannya Risa Sugimoto 11-4, 11-4, 11-5. - Gambar/ Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad lelaki dan wanita negara hanya selangkah daripada merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021, apabila mara ke pentas akhir selepas masing-masing berjaya menumpaskan Jepun pada aksi separuh akhir hari ini.
Pada aksi di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil itu, pasukan lelaki menampilkan aksi cemerlang dengan kemenangan 2-0 dan akan berhadapan India dalam aksi esok selepas pasukan itu menewaskan Hong Kong, juga 2-0.
Skuad wanita negara pula yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Jepun, akan bertemu Hong Kong pada perlawanan akhir esok, selepas Hong Kong menewaskan India 2-1, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir hari ini.
Perlawanan pertama kategori wanita menyaksikan pemain negara Aifa Azman terus mendominasi gelanggang apabila mencatat kemenangan mudah membenam cabaran lawannya Risa Sugimoto 11-4, 11-4, 11-5.
Namun, skuad negara berdepan detik cemas pada perlawanan kedua, apabila Rachel Arnold tumpas di tangan Satomi Watanabe 5-11, 2-11, 4-11, sekali gus menyaksikan kedudukan terikat 1-1.
Bagaimanapun Ainaa Amani, tidak menghampakan apabila mempamerkan aksi bertenaga untuk meraih mata kemenangan sekali gus memastikan slot Malaysia ke pentas final, dengan mengetepikan cabaran Rafu Takahashi 11-3, 11-2, 11-5.
Bercakap kepada media selepas perlawanan, Aifa berkata pasukan negara yang membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan tersebut, kini berada pada tahap terbaik untuk menentang Hong Kong pada perlawanan akhir, esok.
Sementara itu, aksi skuad lelaki kebangsaan menyaksikan pemain utama negara Ivan Yuen menyumbang mata pertama selepas mengalahkan Tomotaka Endo 11-3, 11-9, 11-7.
Rentak kemenangan diteruskan pada perlawanan kedua apabila Ng Eain Yow berjaya menewaskan Ryosei Kobayashi 11-4, 11-2, 11-1, seterusnya memastikan Malaysia mara ke pentas akhir.
Eain Yow berharap prestasi membanggakan yang ditampilkan skuad kebangsaan dapat dijelmakan pada perlawanan akhir esok.
Beliau mengakui India adalah lawan yang hebat, namun mereka tekad untuk memberi sepenuh fokus bagi memastikan gelaran juara milik Malaysia.
Untuk rekod, skuad lelaki kebangsaan muncul juara tiga kali dengan kali terakhir pada 2008 manakala skuad wanita memenangi kejohanan itu sebanyak sembilan kali, dan kali terakhir pada 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasukan skuasy negara
#Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia
#Bukit Jalil
#Aifa Azman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan