Berdasarkan persediaan dan prestasi semasa barisan atlet olahraga negara, Malaysia mampu meraih sekurang-kurangnya 10 pingat emas dalam acara itu pada temasya Sukan SEA ke-29 di sini, bulan depan.
Keyakinan itu disuarakan oleh bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad yang optimis dengan kemampuan atlet-atlet negara untuk mencapai kecemerlangan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.
Pemenang pingat emas acara 100m dan 200m Sukan SEA Vietnam pada 2003 itu berkata ia berdasarkan perbandingan prestasi semasa atlet negara dengan pencabar dari negara lain dalam acara yang disertai.
"Dengan kemampuan atlet seperti Rayzam Shah Wan Sofian (110m lari berpagar), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Jackie Wong (baling tukul besi lelaki), Grace Wong Xiu Wei (baling tukul besi wanita) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (100m wanita) memecahkan rekod kebangsaan tahun ini, tidak mustahil mereka boleh menyumbang emas kepada kontinjen negara.
"Prestasi konsisten ditunjukkan atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei, atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail dan atlet lompat jauh, Luqman Hakim Ramlan juga memberi bayangan mereka mampu menambah kilauan emas," katanya kepada Bernama.
Nazmizan, yang kini bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Sukan Universiti Malaysia Perlis, turut melaungkan keyakinan bahawa kemunculan semula jaguh jalan kaki negara, Yuan Yu Fang di pentas Sukan SEA selepas kali terakhir beraksi pada temasya sama di Vientiane, Laos lapan tahun lalu. mampu menambah bilangan pingat emas.
"Dengan pengalaman dan keazaman dimiliki Yu Fang, tidak mustahil kejuaraan akan berada dalam genggamannya sekali gus merekodkan pencapaian pingat emas Sukan SEA kelapan sepanjang karier beliau dalam acara kegemarannya itu," katanya.
Mengulas mengenai peluang dalam acara pecut, Nazmizan berkata jaguh pecut sensasi negara, Khairul Hafiz Jantan perlu lebih konsisten jika mahu merangkul pingat emas dalam acara 100m dan 200m, sekali gus bergelar Raja Pecut Asia Tenggara.
Katanya, selepas meleburkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.18s, mengatasi catatan 10.30s milik Watson Nyambek, 18 tahun lalu, pada Sukan Malaysia (Sukma) di Kuching, tahun lepas, catatan masa Khairul Hafiz dalam acara 100m tidak begitu memberangsangkan.
"Beliau perlu memanfaatkan masa yang ada untuk memperbaiki catatan dan seterusnya berada pada tahap terbaik," katanya.
Nazmizan berkata skuad olahraga secara keseluruhannya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam membantu merealisasikan hasrat kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA di laman sendiri.
Katanya, secara tradisi, acara olahraga sentiasa menjadi tumpuan kerana ia merupakan lubuk emas menerusi 46 pingat emas yang ditawarkan pada temasya dwitahunan itu kali ini.
"Jika kita mahu ulangi pencapaian gemilang muncul juara keseluruhan di laman sendiri seperti Sukan SEA 2001, skuad olahraga perlu memainkan peranan mereka mengutip seberapa banyak emas yang dipertandingkan sekali gus menebus kehampaan prestasi buruk dicatatkan pada Sukan SEA Singapura dua tahun lalu," kata Nazmizan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
Nazmizan berkata skuad olahraga secara keseluruhannya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam membantu merealisasikan hasrat kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA di laman sendiri. Facebook.com / Nazmizan Muhammad
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Izzah Izzati tamat kemarau 12 tahun, rangkul emas keirin wanita di India
Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China.
Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide
Kemenangan itu sekali gus memberi mata buat Mohd Azizulhasni untuk ke pentas Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini.
Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023
Atlet lempar cakera wanita itu merangkul emas acara lempar cakera pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 hari ini.
Tabah hadapi dugaan - Resipi Sivasangari gondol emas berganda
"Saya telah meningkatkan kekuatan mental dan itu merupakan faktor kelebihan berbanding dengan lawan atas kejayaan dalam acara perseorangan ini."
Sukan Asia: Malaysia kalahkan Hong Kong untuk emas wanita berpasukan skuasy
Skuad skuasy wanita kebangsaan mempamerkan satu lagi aksi cemerlang mereka untuk merampas semula pingat emas Sukan Asia acara wanita berpasukan, dengan menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1.
Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang warga Zambia ditahan.
APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.
Azizulhasni, Nurul Izzah rangkul emas di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dalam acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hari ini.
Sukan SEA: Kem pelayaran capai sasaran dua emas, pulang dengan senyuman
Dua emas itu masing-masing disumbangkan Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri menerusi kelas RS: One.
Sukan SEA: Adam mahu raih emas jujitsu, lengkapkan koleksi warna pingat
Atlet jujitsu negara Adam Akasyah kini mengintai kilauan pingat emas di Sukan SEA 2023 di sini, bagi melengkapkan koleksi tiga warna pingatnya.