awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad pelapis badminton ke Kejohanan BAC

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2013
01:02 MYT
Skuad pelapis badminton ke Kejohanan BAC
Skuad pelapis badminton negara akan menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Taiwan, 16 April ini.
Jelas Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai, keputusan itu bagi merehatkan pemain elit negara.
Menurut Chin Chai, keputusan itu juga membolehkan pemain elit menumpukan kepada kejohanan utama termasuk Piala Sudirman Mei ini dan Kejohanan Badminton Dunia di China pada Ogos.
Ia secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada pemain pelapis negara untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.
BAM pada Rabu mengeluarkan senarai 24 pemain yang akan menggalas cabaran negara ke Kejohanan Badminton Tahunan Benua Asia terbabit.
Antara yang tersenarai ialah pemain perseorangan lelaki kedua negara, Liew Daren dan beregu lelaki Goh Wei Shem dan Lim Khim Wah yang mempamer aksi kurang memberangsangkan pada beberapa kejohanan lepas.
Kali terakhir pemain negara meraih kejuaraan pada BAC ialah Datuk Lee Chong Wei pada 2006, bekas beregu lelaki negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah 2007 dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 2010.
Topic Berkaitan
#BAC
#badminton
#kejohanan badminton asia
#skuad pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan