awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad ragbi lelaki, wanita akhiri kempen Dubai di tempat ketujuh

Bernama
Bernama
21/11/2021
21:21 MYT
Skuad ragbi lelaki, wanita akhiri kempen Dubai di tempat ketujuh
Skuad ragbi lelaki dan wanita negara gagal menyerlah pada kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2021. - Foto BERNAMA/ Asia Rugby
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi lelaki dan wanita negara gagal menyerlah pada kejuaraan Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2021 apabila masing-masing menghuni tangga ketujuh pada saingan berakhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Skuad lelaki memulakan kempen dalam Kumpulan A dengan tewas 12-19 kepada Filipina, 5-54 kepada Hong Kong dan kalah 7-40 kepada Korea Selatan sebelum kecundang kepada tuan rumah UAE 14-31 pada aksi separuh akhir plate.
Mereka kemudian berjaya mencipta kemenangan sagu hati apabila menundukkan musuh tradisi, Filipina 28-19 pada aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan pada awal pagi semalam, menurut laman web rasmi Ragbi Asia, www.asiarugby.com.
Pasukan wanita turut mengalami nasib serupa apabila tewas dalam kesemua perlawanan peringkat Kumpulan B, dengan kekalahan 10-12 kepada Sri Lanka, 5-54 kepada Hong Kong dan 10-45 kepada China.
Di pusingan separuh akhir plate, skuad negara dikalahkan 22-0 oleh Thailand, sebelum mencatatkan kemenangan 12-1 kepada Filipina untuk menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.
Pengurus pasukan skuad Bunga Raya 7's wanita negara Datuk Azaddin Abdul Aziz bagaimanapun, berpuas hati dengan pencapaian pasukan berkenaan.
"Walaupun 70 peratus pemain adalah muka baharu, namun kita berjaya menyelesaikan misi dan membawa getaran kepada pasukan-pasukan senior dan berjaya menumpaskan musuh tradisi (Filipina).
"Saya rasa gabungan pasukan lama dan baharu ini akan pergi lebih jauh kerana ia adalah permulaan untuk pasukan ini ke arah Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026," katanya menerusi satu video kepada media.
Hong Kong muncul juara kategori lelaki dengan menewaskan Korea Selatan 33-7 pada aksi final, manakala Jepun meraih gelaran wanita selepas mencatatkan kemenangan 14-12 ke atas China.
Keempat-empat pasukan tersebut layak ke Piala Dunia 7's 2022 di Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ragbi
#Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia 2021
#Dubai
#Azaddin Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan