awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan

Bernama
Bernama
19/01/2025
05:33 MYT
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Mirnawan bercakap ketika ditemui media pada larian Hari Sarapan Malaysia MILO® 2025 di Putrajaya hari ini.- Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini, kata legenda hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi.
Beliau menyifatkan tahun ini sebagai tahun 'pembikinan' buat skuad Speedy Tigers itu, dengan pelantikan jurulatih baharu Sarjit Singh selain pemilihan barisan pemain baharu sudah pun dimuktamadkan dan kini tiba masa skuad negara 'menuai' hasilnya.
"Sememangnya pada 2024 merupakan fasa 'team building', jadi tahun 2025 saya pasti perancangan dilakukan, semestinya kita ingin melihat pada tahun ini pasukan hoki kebangsaan dapat menunjukkan prestasi terbaik berbanding tahun lepas.
"Dari segi persiapan, sudah setahun mestilah nak lihat peningkatan daripada semua aspek, fizikal, kekuatan, teknikal dan bermain sebagai satu pasukan," katanya kepada pemberita pada Milo Breakfast Day 2025 di sini hari ini.
Mac tahun lepas, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melantik Sarjit bagi menggantikan Arul Selvaraj selepas kontraknya tamat Januari 2024.
Sarjit yang mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008 kemudian memilih barisan pemain baharu untuk berada dalam skuad kebangsaan.
Skuad Speedy Tigers menamatkan saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 dengan berada di tempat terakhir selepas kecundang 2-4 kepada Jepun menerusi penentuan penalti shoot-out dalam penentuan kelima dan keenam di Hulunbuir, China pada September.
Mengulas mengenai Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung Disember ini, Mirnawan optimis kem hoki mampu menyapu bersih pingat emas menerusi skuad hoki padang, Hoki 5s (hoki 5 sebelah) dan hoki dalam dewan.
Untuk rekod, skuad hoki padang lelaki dan wanita negara berjaya menyapu bersih pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 makala skuad hoki dalam dewan lelaki tewas kepada Indonesia selain skuad hoki dalam wanita ditumpaskan Thailand, masing-masing di final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan hoki lelaki kebangsaan
#Mirnawan Nawawi
#jurulatih baharu
#Sarjit Singh
#Speedy Tigers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan