SPORTS
Skuad wanita Arsenal julang trofi Liga Juara-Juara

Pemain Arsenal meraikan kejayaan selepas Stina Blackstenius menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Arsenal dan Barcelona di Stadium Jose Alvalade, Lisbon, 24 Mei 2025. (Foto AP)
STINA Blackstenius memainkan peranan sebagai super sub apabila gol yang dijaring membantu Arsenal menjulang gelaran Liga Juara-Juara Wanita yang kedua menerusi kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara, Barcelona.
Blackstenius memberikan impak segera daripada bangku simpanan, meledak gol kemenangan tujuh minit selepas diperkenalkan di Estadio Jose Alvalade.
Kemenangan ini memberikan satu kejayaan buat pengendali pasukan, Rene Slegers, yang menjadi pengendali kelahiran Belanda pertama memenangi Liga Juara-Juara Wanita.
Secara keseluruhan, dia merupakan yang ketiga melakar kejayaan di pentas Eropah termasuk bola sepak lelaki dan wanita, selepas Louis van Gaal (1995 bersama Ajax) dan Frank Rijkaard (2006 bersama Barcelona). Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami