Pemain nombor dunia Laura Massaro dari England muncul juara dunia buat kali pertama dalam kariernya apabila merangkul Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sini, hari ini.
Pada aksi final di Arena SPICE di sini, bekas naib juara dunia berusia 30 tahun itu menghadapi tentangan sengit sebelum menjinakkan pemain muda Mesir, Nour El Sherbini dengan keputusan 3-2.
Massaro, yang menjadi pemain profesional sejak 14 tahun lepas, bermula dengan cemerlang dengan memenangi set pertama 11-7 sebelum Nour menyamakan kedudukan 1-1 pada set kedua dengan 11-6.
Massaro kembali mendahului set ketiga dengan 11-9 tetapi lawannya berusia 18 tahun itu enggan menyerah mudah apabila menang 11-5.
Pada set penentuan, Massaro mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan 11-9, sekali gus menamatkan kebangkitan pemain bukan pilihan itu yang menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David, 3-2 pada saingan separuh akhir semalam.
"Saya memang tidak mahu melepaskan peluang ini. Dia (Nour) bermain dengan cemerlang dan pertarungan ini adalah sengit," kata Massaro yang membawa pulang hadiah wang tunai US$20,400 (RM67,466) dan trofi.
Nour, yang menduduki ranking ke-27 dunia, pula menerima US$13,800 (RM45,639). Nicol dan pemain Mesir, Raneem El Weleily, yang kalah pada perlawanan separuh akhir semalam, berkongsi hadiah tempat ketiga, iaitu wang US$8,100 (RM26,788).
Perlawanan akhir itu turut disaksikan oleh yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak.
Bernama
Sun Mar 23 2014
Laura Massaro (hadapan) - Gambar Fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Nicol gagal mara ke separuh akhir siri final Kejohanan PSA dunia
Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan (PSA) Dunia musnah selepas menerima kekalahan di Dubai, UAE, awal pagi tadi.
Laura Massaro kini pemain nombor satu dunia, Nicol ketiga
Pemain England Laura Massaro muncul sebagai pemain skuasy nombor satu dunia yang baharu sementara ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David kekal di ranking ketiga.
Nicol tewas di Amerika Syarikat
Dalam aksi suku akhir, ratu skuasy negara Nicol David tewas kepada pemain England, Laura Massaro dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2015.
Nicol disekat untuk gelaran keenam Terbuka British
Ratu skuasy negara itu kalah 3-2 kepada Laura Massaro dalam saingan sengit selama 77 minit pada Sabtu.
Skuasy: Laura Massaro menang kejohanan dunia buat pertama kali
Massaro, 30, pemain nombor dunia, menang dengan keputusan 11-7, 6-11, 11-9, 5-11 dan 11-9.
Karim,Laura juarai Terbuka KL 2013
Pemain England Laura Massaro menjuarai buat pertama kali kejohanan skuasy terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013.
Nicol kalah mengejut, gagal ke final Terbuka KL
Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mara ke peringkat akhir Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013.
Nicol kalah dalam aksi kedua Final Siri Dunia
Juara dunia Nicol David tersungkur apabila kalah kepada pemain England Laura Massaro dalam perlawanan kumpulan kedua Final Siri Dunia.
Terbuka dunia: Nicol cipta sejarah
Datuk Nicol David, merangkul gelaran Terbuka Dunia yang ketujuh selepas menumpaskan Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia pada Jumaat.