KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong, sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.
Kejayaan Malaysia menewaskan juara bertahan 2-1 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini turut menyaksikan Malaysia kekal sebagai pasukan paling banyak meraih gelaran berkenaan dengan kejuaraan kali ke-10.
Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila pemain utama negara Rachel Arnold beraksi cemerlang untuk membenam Liu Tsz Ling 11-6, 8-11, 11-7, 11-2.
Hong Kong selaku pasukan kedua paling cemerlang dengan empat kejuaraan, mempamerkan kebangkitan apabila Tong Tsz Wing mengatasi Noor Ainaa Amani Ampandi 11-8, 11-6, 6-11, 11-9 untuk menyamakan kedudukan.
Malaysia bagaimanapun, mengesahkan kejuaraan apabila juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman mendominasi gelanggang dengan kemenangan mudah menundukkan Ho Tze Lok 11-4, 11-3, 11-6.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Aifa yang berkongsi rasa gembira meraih gelaran itu, mengakui cabaran sengit diterima skuad negara serta sedikit kepenatan selepas baru sahaja menamatkan kejohanan Terbuka Malaysia minggu lepas.
"Rachel bermain dengan baik dan saya tahu Aina juga sudah melakukan yang terbaik. Jadi, saya masuk gelanggang dan tidak mahu memberi peluang kepada Hong Kong. Saya tahu saya perlu bermula dengan permainan yang hebat," katanya.
Rachel pula berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan hari ini selepas tumpas pada perlawanan menentang pemain Jepun, Satomi Watanabe di peringkat separuh akhir semalam.
"Saya kecewa dengan persembahan saya semalam, dan saya gembira bermain dengan baik hari ini," katanya yang gembira Malaysia kembali muncul juara selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2016.
Sementara itu, skuad lelaki negara turut cemerlang apabila menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 tahun mengatasi India 2-1 pada final kategori lelaki.
Pemain nombor satu negara, Ng Eain Yow menang mudah menewaskan juara Terbuka Malaysia Saurav Ghosal 12-10, 11-4, 11-8, namun India yang sedang memburu kejuaraan pertama, bangkit menerusi Mahesh Mangaonkar yang menewaskan Mohammad Syafiq Mohd Kamal 11-9, 11- 7, 11-8.
Malaysia bagaimanapun memastikan gelaran Asia keempatnya apabila Ivan Yuen menewaskan Ramit Tandon 11-8, 8-11, 11-3, 11-1.
Eain Yow berkata skuad negara memang sudah menjangkakan perlawanan sengit menentang India, namun ia hanya menjadi pembakar semangat untuk beraksi lebih baik demi meraih kejuaraan itu.
Ivan pula berkongsi rasa lega selepas berjaya menundukkan pemain skuad India, walaupun kecederaan pangkal paha dialaminya pada pertengahan tahun ini memberi kesan kepada prestasinya.
"Saya gembira dapat mengatasi kecederaan sejak pertengahan tahun ini. Saya mempersiapkan diri dengan baik dan bersyukur dapat pulih dari kecederaan dan kembali lebih kuat," katanya.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menyaksikan perlawanan akhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Pasukan skuasy negara wanita yang berjaya meraih tempat pertama dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.
Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.