awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy: Nicol mara, Nafiizwan terkeluar Terbuka Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
11/10/2016
04:53 MYT
Skuasy: Nicol mara, Nafiizwan terkeluar Terbuka Amerika Syarikat
Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2016 di Kelab Kriket Philadelphia awal pagi ini.
Menurut laman web kejohanan http://www.usopensquash.com, juara kejohanan tiga kali itu menang ke atas pemain Mesir, Nour El Tayeb 4-11, 9-11, 11-4, 11-6 dan 11-7.
"Saya amat teruja. Dia memberi tentangan kepada saya, namun saya bermain bertungkus lumus dan gembira dengan kemenangan saya ," katanya.
Nicol akan bertemu pilihan kelima Raneem El Welily juga dari Mesir yang mengalahkan pemain New Zealand, Joelle King dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Pertemuan antara kedua-duanya akan diadakan pada Rabu.
Sementara itu Mohd Nafiizwan Adnan gagal mara ke suku akhir apabila kalah kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 7-11, 11-5, 11-9, 4-11 dan 9-11. Coppinger akan bertemu pemain England, James Willstrop.
Topic Berkaitan
#berita sukan
#Mohd Nafiizwan Adnan
#Nicol David
#Skuasy
#Terbuka Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan