KUALA LUMPUR: Tiga pemain skuasy negara mara ke suku akhir kejohanan skuasy Terbuka Malaysia 2022, hari ini.
Pemain perseorangan lelaki Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar yang berada di ranking ke-83 terus melakar kejutan apabila menundukkan pemain ke-16 dunia Raphael Kandra dari Jerman pada pusingan kedua semalam.
Muhammad Addeen bangkit dari ketinggalan selepas tewas set pertama 4-11, sebelum menewaskan juara empat kali itu 11-7, 13-11, 9-11, 11-8 dalam pertarungan 66 minit di Pusat Skuasy Nasional di sini.
Satu-satunya wakil negara dalam kategori lelaki, tugasan berat menanti pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu apabila dijadual berdepan pilihan utama kejohanan Tarek Momen dari Mesir. Pemain ketujuh dunia itu menewaskan rakan sepasukan Yahya Elnawasany 6-11, 11-3, 11-3, 11-6, 11-1.
Muhammad Addeen berkata kejayaan dicapainya semalam kerana percaya yang dirinya mampu beraksi dan cukup cergas untuk bermain satu lagi perlawanan panjang, selepas menyingkirkan pemain ketiga dunia Omar Mosaad dari Mesir, pada Selasa.
"Saya bukan 'giant killer' tapi saya bermain tanpa tekanan tambahan saya bukan pemain pilihan. Berbanding mereka, tentunya tekanan lebih tinggi sebab pemain pilihan dan saya pula bermain di gelanggang sendiri. Saya mendapat sokongan padu dan ia membantu saya bermain lebih baik.
"Saya harap dapat teruskan lagi prestasi terbaik. Ini adalah pencapaian tertinggi saya, kali pertama layak ke suku akhir kejohanan bernilai US$50,000 dan pertama kali juga berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, dalam saingan perseorangan wanita, Aifa Azman juga akan berdepan ujian getir dalam mempertahankan kejuaraannya, menempah pertemuan dengan pemain di ranking ke-14, Nele Gilis dari Belgium, hari ini.
Pemain berusia 20 tahun yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menyingkirkan rakan senegara yang juga pemain sedang meningkat Ainaa Amani Ampandi pada saingan pusingan kedua semalam.
"Saya pernah lihat dia bermain, dia cergas dan mempunyai larian yang baik selain corak permainannya lebih pantas. Jadi, jika dia bermain pantas, saya mungkin ada kelebihan sebab sudah biasa. Saya akan berikan 100 peratus dan menang perlawanan ini," katanya pemain berusia 21 tahun itu.
Turut mengiringi Aifa, juara 2019 Rachel Arnold, yang berjaya bangkit dari ketinggalan sebelum mengecewakan lawannya dari England, Grace Gear 10-12, 12-10, 11-7, 11-9.
Rachel yang akan berdepan pilihan keempat Nadine Shahin dari Mesir, berharap mampu menggunakan kesempatan daripada ketiadaan beberapa pilihan utama untuk mara ke separuh akhir.
Nasib berbeza buat pemain perseorangan lelaki utama negara Ng Eain Yow apabila terlepas peluang meraih gelaran kedua selepas edisi 2019 selepas tewas kepada pemain di ranking ke-11 dunia Joel Makin.
Eain Yow yang ketinggalan 6-11, bangkit untuk menang 11-6, 11-8 sebelum pemain dari Wales itu kembali menguasai perlawanan dengan kemenangan 11-9, 11-5.
"Saya rasa sudah bermain dengan baik hari ini tapi sangat mengecewakan apabila tewas di pusingan kedua. Saya sudah lakukan yang terbaik namun ia masih belum mencukupi. Dia (Makin) bermain agresif hari ini, langsung tidak beri saya peluang," katanya.
Keputusan perlawanan lain:
Perseorangan lelaki
-----------------------------
Mazen Hesham (EGY) mn Faraz Khan (USA) 11-1, 11-5, 11-6
Miguel Rodriguez (COL) mn Shahjahan Khan (USA) 11-9, 11-13, 8-11, 11-4, 11-9
Patrick Rooney (ENG) mn Mohamed ElSherbini (EGY) 7-11, 15-17, 11-9, 11-4, 11-8
Nicolas Mueller (SUI) mn Moustafa El Sirty (EGY) 8-11, 11-3, 11-8, 7-11, 11-7
Marwan ElShorbagy (EGY) mn Ramit Tandon (IND) 6-11, 11-6, 11-6, 11-7
Perseorangan wanita
------------------------------
Nele Gilis (BEL) mn Fayrouz Aboelkheir (EGY) 11-4, 11-8, 11-6
Tesni Evans (WAL) mn Ineta Mackevica (LAT) 11-6, 11-4, 11-5
Melissa Alves (FRA) mn Chan Yiwen (MAS) 12-10, 11-4, 11-5
Nadine Shahin (EGY) mn Nour Aboulmakarim (EGY) 11-6, 11-3, 11-13, 10-12, 11-7
Olivia Fiechter (USA) mn Julianne Courtice (ENG) 11-3, 11-4, 11-3
Yathreb Adel (EGY) mn Alexandra Fuller (RSA) 11-7, 6-11, 11-9, 11-9
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar melakar kejutan apabila menundukkan pemain ke-16 dunia Raphael Kandra dari Jerman. - Foto fail/BERNAMA
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Sivasangari cipta sejarah juara Skuasy Klasik London
Pemain berusia 25 tahun yang menghuni kedudukan 13 dunia itu menyingkirkan cabaran bintang nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.
Skuasy: Sivasangari hampir ketepikan juara bertahan Cleveland
S Sivasangari tewas kepada lawannya dari Georgina Kennedy dari England di separuh akhir, malam tadi.
Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Skuasy Sukan Asia Hangzhou: Semua pemain acara individu ke suku akhir
Skuad skuasy negara memulakan kempen acara individu Sukan Asia 2022 dengan keputusan memberangsangkan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Skuasy: Peluang Malaysia tebus kekecewaan di pentas final
Malaysia layak ke final buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Amerika Syarikat 3-0 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.
Skuasy: Rachel wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
Rachel yang berada di kedudukan ke-26 dunia, akhirnya berjaya menundukkan pemain Mesir itu di suku akhir kejohanan pada Khamis.